Liow “Together we can” Kempen Terbaru MCA Selepas Tahun Baru cina


Oleh rmf

tiong laii

Together we can! Itu merupakan sebaris kata kata yang amat bermakna dan menunjukkan kesungguhan  Presiden MCA Dato ‘Sri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Pengangkutan yang mana membayangkan harapan yang cukup jelas sempena  ucapan beliau pada Sambutan Tahun Baru Cina  baru baru ini.

Didalam ucapan yang diberikan Dato ‘Sri Liow Tiong Lai telah menyuarakan harapan dengan penuh semangat untuk memulakan langkah langkah untuk maju kehadapan dengan penuh keyakinan. Beliau juga mengingatkan bahawa sejarah yang lalu sebagai pengalaman untuk dijadikan panduan dimasa akan datang.

Sempena Tahun Baru Cina  beliau juga mengingatkan  kepada pengguna jalanraya agar lerbih berhati hati dan bersabar semasa menuju ke destinasi. Tanggungjawab kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada pengguna telah menaiktaraf jalan jalanraya diseluruh negara agar kemalangan dapat dikurangkan.

MCA dalam harapan yang baru akan terus menerus bekerja sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan semula sokongan. MCA juga akan terus konitmen memberikan perkhidmatan kepada kaum Cina dan juga semua warganegara.

Dalam ucapan beliau sempena Sambuatan Tahun Baru Cina,  beliau menyatakan tiga harapan utama yang akan menjadi satu agenda yang akan dilaksanakan oleh MCA demi untuk membangun bersama  Malaysia.

Harapan beliau yang pertama ialah, Beliau melalui MCA ingin melihat satu kejayaan dalam pembentukan ekonomi yang mampan untuk. pembangunan negara yang mampan.

Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan juga komponen Barisan Nasional  MCA akan terus , melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatic bersama sama dasar kerajaan yang sedia ada.

Kedua, Perpaduan dalam Politik negara melalui  cara kesedehanaan menerusi generasi muda. Ini bermaksud , penerapan nilai nilai kesederhanaan  kepada generasi muda dan diterapkan nilai nilai sahsiah yang tinggi  dalam apa juga bentuk  termasuklahh dalam politik negara. Nilai nilai yang sedemkian akan menghasilkan satu generasi yang berkualiti dalam olitik negara.

Ketiga, Pengukuhan dalam pendidikan dan mengenal kemahiran , Kemajuan sesuatu negara itu bergantung kepada bidang pendidikan yang terbaik dan penyesuaian  dan mengenal pasti bidang kemahiran sesaorang pelajar akan  menghasilkan produk yang terbaik untuk  bersama sama membangunkan negara.

Ketiag-tiga harapan yang dinyatakan oleh Dato ‘Sri Liow Tiong Lai  itu adalah sebagai garis anduan MCA untuk mengorak langkah yang jitu bersama sama membangunkan negara.  Ini adalah selaras dengan cogankata  “Together We Can” yang di ucapkan pada Tahun Baru Cina tahun ini

Kempen “Together We Can”  telah dilancarkan oleh MCA adalah untuk memumupuk perpaduan diantara semua kaum dan penglibatan semua kaum yang ada dalam mana mana program yang dijalankan.

MCA dalam memperkenalkan idea yang dinamakan “Civilisation Hub” akan menganjurkan satu kerjasama ekonomi dinata kepelbagaian kaum dalam negara ini dan  dijangkakan akan berkembag giat sehingga ke pasaaran antarabangsa.

Dato ‘Sri Liow Tiong Lai juga berharap dalam  memajukan negara, penglibatan seluruh kaum dan masyarakat amat lah digalakkan , justeru itu MCA akan menjadi pemangkin kearah penglibatan  tersebut dan terus menjadi pendorong kemajuan  ekonomi kearah yang lebih tinggi lagi.

Mengenang semula penglibatan MCA dalam misi bantuan banjir baru baru ini, MCA dengan komitmen yang baru telah merealisasikan “ Together We Can”  dan bersatu padu dalam memberikan bantuan. Sukarelawan yang berusaha gigih  dalam memberikan bantuan tanpa ada perasaan pilih kasih. Ini lah semangat yang telah ditunjukkan oleh MCA  yang mana  telah menjadi contoh yang terbaik.

Dalam ucapan beliau, Dato ‘Sri Liow Tiong Lai melahirkan perasaan kebimbangannya mengenai  kenyataan kenyataan yang bersifat keterlaluan sehingga menjejaskan keharmonian social dan  keamanan dalam negara ini.  Beliau juga menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap kumpulan kumpulan yang ekstremisme yang mana menganggu gugat keamanan serta perpaduan yang dikecapi selama ini.

Menerusi ucapan  beliau, Dato ‘Sri Liow Tiong Lai mengajak rakyat Malaysia bersama sama meyokong dasar dan tindakan kerajaan dalam menangani isu kejatuhan harga minyak dan menyokong penuh tindakan YAB Dato ‘Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak baru-baru ini telah menyemak semula Belanjawan 2015 dan memperkenalkan langkah-langkah untuk menguruskan perbelanjaan untuk kita menghadapinya.

Seterusnya beliau mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu , daya tahan dan ketegasan untuk lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan peluang yang akan datang.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup d alam berbilang kaum seharusnya sikap menghormati orang lain dan mengelakkan kata-kata yang menyakiti  yang boleh mencetuskan perbalahan dan sengketa. Dalam menjalani kehidupan antara kaum, keikhlasan adalah formula yang paling berkesan untuk meningkatkan hubungan .

Diakhir ucapan Dato ‘Sri Liow Tiong Lai turt juga berpesan agar  para penguna jalanraya akan terus berhati hati memandu dan bertimbang rasa dan semoga sampai ke destinasi dengan selamat dan berharap semoga Tahun kambing akan membawa harapan yang baik dan  diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan.

Dato ‘Sri Liow Tiong Lai

Presiden MCA

Menteri Pengangkutan

Memandu dengan berhati-hati dan menikmati musim perayaan ceria. Gong Xi Fa Cai dan boleh Tahun Kambing membawa anda nasib baik dan kesihatan yang baik.

This entry was posted in Liow “Together we can” Kempen Terbaru MCA Selepas Tahun Baru cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s