Yayasan Mesra – Program “My Diamond: Prihatin OKU” Membentuk Masyarakat Penyayang


Oleh rmf

11008608_432958866858941_8752002044678027629_n (1)

Sebagai warganegara Malaysia, rakyat dikehendaki menghayati dan mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat perpaduan. Rukun Negara diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya mereka saling menghormati, membantu, memahami dan bekerjasama.

Dengan ini, sebuah masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan sekiranya masyarakat yang bersifat individualistik dan materialistik masih wujud dalam jiwa mereka.

 Hal ini jelas diperlihatkan dalam isu Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Terdapat sebahagian masyarakat memandang rendah orang kurang upaya dan menganggap mereka tidak mampu memberikan jasa, sumbangan dan perkhidmatan kepada keluarga, masyarakat dan negar

Namun, hakikat adalah berlawanan daripada apa-apa yang diharapkan kerana terdapat ibu bapa yang mendapat anak yang cacat dari segi fizikal. Dalam kalangan ibu bapa ini, terdapat segelintir ibu bapa sampai hati untuk meninggalkan anak kandung mereka di rumah anak yatim ataupun di rumah kebajikan.

Ayas kesedaran ini  Yayasan Mesra  melalui Program My Diamond : Prihatin OKU merupakan program kemasyarakatan yang mendekati orang ramai kepada golongan OKU.

Program ini dianjurkan oleh Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat. Felda Global Venture (FGV)  merupakan penaja utama program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi merangkap Pengerusi Yayasan Mesra.

10959878_432961226858705_1684304091276067015_n

 Turut hadir YB Hjh. Asiah Binti Md Ariff, ADUN Johor Lama merangkap Pengerusi PDK Sri Cahaya dan Tuan Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman Pegawai Daerah Kota Tinggi. Dalam program  Prihatin OKU ini diharapkan akan dapat memberikan kesedaran terhadap  golongan yang kurang bernasib baik ini.

Menurut  YB Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid bahawa pelbagai pihak harus bekerjasama untuk memberikan kesedaran kepada semua masyarakat tentang golongan OKU dan cara untuk membantu mereka. Golongan OKU harus dihormati dan dipandang tinggi kerana mereka mampu mencapai kecemerlangan yang tinggi walaupun cacat.

10959604_432961116858716_2390027244322846984_n

Bagi membuktikan perkara ini, Kejayaan kejayaan orang OKU yang  boleh diketengahkan ialah Beethoven yang merupakan seorang pemuzik terkenal yang cacat pendengaran serta Professor Ismail bin Mohd.Salleh yang cacat penglihatan tetapi mendapat kejayaan dalam  bidang akademik .

Jesterus itu , Masyarakat dan pihak lain harus memberi galakan kepada golongan OKU supaya mereka akan terus berusaha dalam bidang yang diminati sehingga mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

This entry was posted in Yayasan Mesra  Program "My Diamond: Prihatin OKU" Membentuk Masyarakat Penyayang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s