Datuk Dr Mashitah Membudayakan Semula Amalan Ziarah- Menziarahi


Oleh rmf

IMG-20150301-WA0003

Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu.  Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu.

Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.

Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” (Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Atas kesedaran ini Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk  Dr Mashitah Ibrahim  telah melakukan kunjungan dan ziarah menziarahi di sekitar kawasan  kawasan didalam daerahnya. Dengan mengamalkan dan mempraktikkan amalan ini, diharapkan akan dapat mengukuhkan lagi perpaduan sesama insan.

Bagi mencapai matlamat dan hakikat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap insan muslim untuk meraih keredhaan dan rahmat Ilahi. Mana tidaknya dengan  melakukan ziarah  menziarahi sedikit sebanyak kita akan dapat membantu  insan yang memerlukan pertolongan sebagaiman disarankan oleh agam Islam.IMG-20150301-WA0004

Pendekatan yang  dilakukan oleh Datuk Dr Mashitah ini seharusnya menjadi amalan bagi setiap umat Islam agar ianya menjadi pencetus kepada  kekuatan ummah  sebagimana yang difirmankan didalam AI-Quran memperakui persaudaraan sejagat di kalangan penganut lslam. “Sesungguhnya orang-orang mukmim itu adalah bersaudara.”. (Surah AI-Hujurat, ayat 10).

Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan adalah dilarang keras, kerana ia merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat. “Dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu.” (Surah Al-Anfal, ayat 46).

Selaku Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) beliau juga menegaskan  bahawa Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat Islam, wajiblah dicari jalan perdamaian, Dengan adanya amalan ziarah ini ianya akan dapat mendamaikan yang bersengketa , merapatkan ukhwah dan menguatkan persaudaraan.

IMG-20150301-WA0005

Ini tidak menghairankan kerana Rasulullah S.A.W amat mementingkan perpaduan di kalangan umatnya dan melarang perpecahan di dalam banyak Hadis-hadisnya seperti: “Jemaah itu adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang memecahkan perpaduan, maka ia bukanlah dari golongan kita.” “Pertolongan Allah adalah berada bersama jemaah (kumpulan terbesar)”, “Janganlah kamu bersengketa; kerana umat sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa.”

Datuk Dr Mashitah Ibrahim,  menegaskan dan amat khuatir dengan perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berkuatkuasa dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya berada di tangan umat Islam.

Amalan yang baik dan disarankan oleh junjungan besar kita Rasullulah SAW seharusnya menjadi amalan seharian dan akan terus mendidik agar umat Islam menjadi segolongan umat yang perihatin dan mementingkan persaudaraan dan ukhwah dibawah satu panji.

This entry was posted in Berundurlah PAS Dari Regim Laknatullah DAP dan PKR, Datuk Dr Mashitah Membudayakan Semula Amalan Ziarah- Menziarahi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s