MCA Dan Waris MH370 Bersama Dalam Sambutan Tahun Baru Cina Di Dewan San Choon, Wisma MCA


Oleh rmf

20150219_MH370-NOK-dine-at-VIP-area-during-open-house-1024x576

Kelihatan Waris MH370 ( bertopi putih) sedang bersama sama menikmati makanan di Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Sepanjang tahun Sanbutan Tahun Baru Cina telah disambut dengan penuh keharmonian dalam negara ini, sambutan yang penuh  semangat  kekitaa tanpa mengira ras dan warna kulit. Kesempatan yang  seharusnya tidak boleh dilepaskan untuk dirasai oleh semua masyrakat majmuk di Malaysia.

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat dann bersama sama meraikannya.. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia yang dipengaruhi dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender Cina.
Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

Tahun kambing adalah tahun sambutan mesyarakat Cina pada tahun ini, Sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina telah berlangsung di Wisma MCA dengan penuh keharmonian dan di kunjungi oleh berbilang bangsa , kaun dan tidak mengira status. Ini lah kelebihan dan keunikan yang ada di Malaysia.

Dalam kegembiraan sambutan terdapat insiden yang diwar warkan  oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperlihatkan bahawa ketidakadilan berlaku dan Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini terhadap waris penumpang MH370.

Kehadiran keluarga penumpang MH370 diperkarangan Wisma MCA dengan memakai topi berwarna putih dan sebahagian daripada mereka memakai baju merah telah disambut dengan penuh mesra oleh pegawai yang bertugas dan mempelawa masuk sebaik sahaja pihak penganjur mendapat tahu kehadiran mereka diluar Wisma MCA.

Berita yang menyatakan  bahawa waris penumpang MH370 tidak dibenarkan masuk kedalam Wisma MCA adalah tidak benar adalah tidak benar sama sekali

MCA dalam penafiannya telah memberikan keterangan yang cukup jelas mengenai apa yang telah berlaku. Keengganan waris untuk masuk  setelah dipelawa adalah keputusan yang telah dibuat oleh pihak mereka.

Akhirnya pihak waris MH370 telah memilih untuk berdiri di luar bangunan Wisma MCA. Walaupun demikian pihak pengurusan  bertanya samada mereka ingin bertemu dengan Liow , namun tiada jawapan yang deberikan oleh waris MH370.

Rakyat Malaysia dalam soal berbudi bahasa  adalah menjadi amalan yang cukup terpuji, dalam perkara ini, walaupun keengganan waris MH370 memasuki bangunan wisma MCA namun mereka telah dilayan dengan cukup baik, Mereka yang berdiri di luar bangunan telah dilayan oleh kakitangan Wisma MCA dengan penuh hormat , walaupun terdapat kesukaran untuk berkomunikasi dengan loghat bahasa yang bebeza.

Kegagalan mereka untuk bertemu dengan Tiong Lai adalah disebabkan kelewatan masa yang dijanjikan, Ini adalah kerana Tiong Lai terpaksa bergegas untuk menghadiri  satu lagi Majlis yang akan diadakan di Negeri Melaka.

Akhirnya semua waris yang datang ke Wisma MCA  bersetuju untuk bersama sama  meraikan Tahun Baru Cina dan dilayan sebaik layanan serta dihidangkan dengan  makanan di meja meja orang kenamaan didalam Dewan San Choon

This entry was posted in MCA Dan Waris MH370 Bersama Dalam Sambutan Tahun Baru Cina Di Dewan San Choon Wisma MCA, Wisma MCA and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s