SPAD Lancar Misi Pasca Banjir Kedua Gua Musang Kelantan


Oleh rmf

Sudah hampir dua bulan berlalu bencana banjir di beberapa buah negeri berakhir, Namun  misi pasca banjir masih lagi diteruskan  bagi membantu  mana mana mangsa yang  terlepas pandang pada misi pasca banjir yang pertama dilancarkan oleh SPAD.

S.P.A.D sekali lagi telah mengadakan Misi Bantuan Banjir (Fasa Ke 2). YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi S.P.A.D telah mengetuai rombongan ini.Misi Bantuan Banjir telah singgah untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Dabong, Gua Musang.

Seramai 40 keluarga telah mendapat bantuan tersebut di dalam daerah Gua Musang.

Rombongan SPAD  turut melawat ke Stesen KTBM Dabong untuk meninjau kesan kerosakan akibat bencana banjir. Seterusnya pada keesokan pula SPAD yang diketuai oleh  Dato Seri Hamid Albar dan rombongan telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan-persatuan kereta Sewa Kelantan.

Sebanyak 11 unit komputer dan bantuan kewangan telah di sampaikan  kepada 11 Persatuan Teksi Kereta Sewa Kelantan. Pihak S.P.A.D  telah menyerahkan sebuah kereta kepada Tuan Hj, Othman Bin Ab Rahman akibat kerosakan teruk akibat bencana banjir  tempoh hari.(total loss).

Seramai 50 orang sukarelawan SPAD telah meyertai program kali ini , pelbagai aktiviti kemasyrakatan telah dilakukan  untuk membantu   mangsa banjir  agar dapat  menjalankan kehidupan seperti sedia kala.

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan secara gotong royong , ini termasuklah membina rumah transit di Kampung Serasa bersama tukang rumah tempatan, kerja pembersihan, mengecat surau dan segala kerja yang berkaitan dengan kemudahan awam.

Dalam program kali ini , amalan gotong royong telah dijalankan dalam program Kenduru Rakyat  yang dilaksanakan bersama sama masyrakat kampong.

Misi Pasca banjir kedua yang dilancarkan oleh SPAD mengakhir  misi bantuan ke Kampung Kemubu, Gua Musang. Ini merupakan kampong terakhir yang mana sumbangan telah disampaikan secara kelompok kepada 390 keluarga.

Semua hasil sumbangan ini merupakan kutipan dari Tabung Bencana Banjir Industri Pengangkutan Awam. Pengerusi SPAD mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa perihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada  semua rakyat,

Image | This entry was posted in SPAD Lancar Misi Pasca Banjir Kedua Gua Musang  Kelantan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s