Rakyat Tuntut Janji Manis Lim Guan Eng


Oleh rmf

TASEK GELUGOR: Buka mulut dan bercakap serta menabur janji memang mudah dan kedengaran macam hebat, tetapi pelaksanaan dan menunainya menjadi suatu isu pula.

Sebab itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Nashrol Hisham Abdullah mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengotakan segala janji yang pernah dibuat olehnya kepada rakyat.

Jelasnya, terlalu banyak janji yang telah ditabur oleh Guan Eng khususnya kepada rakyat di Pulau Pinang tetapi hingga kini tiada yang dikotakan.

“Sebenarnya siapa yang tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat? Mana janji untuk menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) dan bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah,” soal beliau, lapor UMNO Online.

“Mana janji untuk menghapuskan rasuah, proksi dan kronisme… Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang berani mengakui pentadbiran mereka benar-benar bersih dan bebas daripada unsur-unsur rasuah,” katanya dan menambah, “menggunakan proksi dan kronisme, apa penjelasan kerajaan negeri terhadap projek terowong dasar laut bernilai lebih RM60 bilion yang sehingga kini masih mencetuskan misteri berhubung pemberian tendernya.”

Nashrol yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor turut menuntut janji DAP yang kononnya mahu menurunkan harga rumah yang kini terlalu tinggi selain mahu memperbanyak pembinaan rumah rakyat.

“Sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang berjaya dibina oleh kerajaan Pulau Pinang. Oleh itu sebenarnya DAP tidak berhak untuk mengutuk kepimpinan BN kerana kepimpinan DAP jauh lebih buruk.

“Di dalam kesibukan kerajaan pusat menurunkan harga barang dan berusaha mengurangkan beban rakyat, kerajaan Pulau Pinang pula menaikkan surcaj air dan cukai pintu,” katanya.

http://www.pru14.tv/2015/02/17/rakyat-tuntut-janji-manis-lim-guan-eng/

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s