Malaysia, Myanmar setuju ancaman IS bersifat nyata – Hishammuddin


Oleh rmf

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Myanmar bersetuju bahawa ancaman Negara Islam (IS) bersifat nyata dan IS mungkin cuba menerapkan ideologinya di kawasan-kawasan yang bergolak di ASEAN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedua-dua negara juga bersetuju bahawa negara anggota ASEAN harus mempertingkatkan kerjasama terutama di bawah platform Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk mengekang ancaman itu.

Hishammuddin, yang berada di Myanmar untuk siri lawatan ke negara ASEAN sebagai pengerusi ADMM, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lt Jen Wai Lwin hari ini, dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua negara.

“Saya juga secara peribadi menjemput Lt Jen Wai Lwin menghadiri ADMM ke-9 sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi.

ADMM adalah sangat penting, kerana semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN akan membincangkan tentang bagaimana untuk menangani cabaran keselamatan yang meningkat di rantau kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata sebagai respons kepada jemputan beliau, Wai Lwin melahirkan sokongan sepenuhnya Myanmar kepada Malaysia sebagai pengerusi ADMM 2015 dan percaya Malaysia akan membawa perpaduan ASEAN ke tahap lebih tinggi.

Myanmar juga digalakkan untuk menyertai secara aktif dalam Kumpulan Kerja Pakar, terutama di bawah rangka kerja Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dan Operasi Pengaman.

Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Pemerintah Tertinggi Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Jeneral Min Aung Pann dan membincangkan mengenai cadangan penubuhan Pasukan Pengaman ASEAN.

“Pasukan Pengaman ASEAN yang dicadangkan boleh mendapat pengiktirafan masyarakat global untuk mengiktiraf ASEAN sebagai satu entiti. Myanmar bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengaman ASEAN seperti dicadangkan,” kata beliau.

Hishammuddin berkata Myanmar dipelawa untuk menjadi pemerhati Dalam Rondaan  Selat Melaka, yang terdiri daripada rangka kerja Keselamatan Maritim dan model Kumpulan Pertukaran Risikan untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan.

Hishammuddin kemudian menemui Naib Presiden Kesatuan Myanmar, Laksamana Nyan Tun dan mengambil peluang untuk berkongsi wawasan Malaysia untuk ASEAN tahun ini.

“Kami juga membincangkan usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Myanmar dan Malaysia,” kata beliau.

Untuk siri lawatan berikut ke negara ASEAN, Hishammuddin akan berlepas ke Kemboja esok dan selepas itu ke Laos dan Vietnam.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-myanmar-setuju-ancaman-bersifat-nyata-hishammuddin-54293?cp

Image | This entry was posted in Myanmar setuju ancaman IS bersifat nyata - Hishammuddin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s