Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Anti-Kesamarataan. Hipokrit!


Oleh rmf

Sejak beberapa tahun yang lalu, kadar peningkatan demam denggi di Selangor merupakan satu ancaman yang serius, sehingga memaksa Kementerian Kesihatan Malaysia mengisytiharkannya sebagai satu epidemik.

Sejarah membuktikan bahawa Raja Namrudtelah mati, hanya gara-gara seekor nyamuk. Begitulah hebatnya seekor makhluk cilik, yang kita tahu mudah untuk dibunuh, tetapi sebenarnya boleh membunuh.

Begitulah kisah seorang yang acapkali mendabik dada kononnya terhebat, bakal PM dan pejuang Islam serta rakyat. Hampir semua pihak mahu dicabarnya, bagi membuktikan dirinya hebat di seluruh dunia. Akhirnya, sekecil nyamuk itulah, yang berjaya menggugah kerisauan sang isteri.

Dan jangan hairan, sekiranya Wan Azizah melontarkan perasaan “tidak gembiranya” gara-gara tidur malam Anwar Ibrahim diganggu oleh mahkluk cilik ini. Mana lah tahu, kalau-kalau nyamuk itu bisa menyelusup masuk ke liang telinga, lantas mengulang kembali kisah dan tauladan seperti yang pernah terjadi di dalam lipatan sejarah.

Mungkin pada hemat Wan Azizah, Anwar Ibrahim perlu dilayan sebagai VVIP, sungguhpun berstatus banduan. Malangnya, pihak penjara telah lama menggunapakai prinsip perjuangan Anwar Ibrahim, iaitu kesamarataan. Jadi, Wan Azizah seharusnya berbangga, apabila Anwar Ibrahim berjaya menempatkan dirinya di tempat yang mana slogan dan luangan perjuangannya digunapakai sepenuhnya.

Alasan nyamuk, tandas dan tilam yang tidak sesuai, menyaksikan antara Anwar Ibrahim dan rakyat, dia memilih untuk tidak mahu menjadi rakyat. Buktinya, dia mahu keselesaan, berbanding penyokongnya yang selalu terdedah kepada perkara-perkara yang berisiko, dengan alasan “jika takut akan risiko, jangan bercerita tentang perjuangan”.  Maka, perjuangan rakyat, atau marhaein yang sering dilaungkannya adalah retorik, dan sekadar ingin memperguna rakyat demi kepentingan dirinya.

Dan, Anwar Ibrahim kini di Penjara Sungai Buluh, bukanlah diakibatkan dari perjuangannya demi rakyat, tetapi dek kerana nafsu songsangnya.

Hanya kini, Anwar Ibrahim benar-benar mengerti apa itu kesamarataan. Itu pun enggan menerimanya! Pejuang kesamarataan, tiba-tiba perlukan layanan VVIP? Hipokrit bukan?

http://www.mykmu.net

Image | This entry was posted in Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Anti-Kesamarataan. Hipokrit! and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s