Hentian Bas Greenwood  Akan Berpindah ke Terminal  Bersepadu Selatan (TBS) 8 March 2015


Oleh rmf

Tindakan yang tepat telah diambil oleh SPAD dalam menilai dan menaiktaraf sistem pengangkutan Awam darat agar ianya memberikan kesan yang meyeluruha dalam menempatkan hentian hentian bas  dalam negara ini.

Pengangkutan awam darat adalah bertanggungjawab mencerminkan keadaan sebenar sistem pengangkutan supaya ianya dapat memberikan keselesaan kepada penumpang terutamanya pelancong asing.

Oleh yang demikian penutupan Hentian Bas Express Greenwood yang telah diputuskan  adalah langkah bijak untuk menaik taraf prasarana yang lebih selesa  dan juga keselamatan penumpang yang lebih terjamin.

Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas ekspres sementara akan dihentikan perkhidmatannya kepada pengguna dan pengendali bas selepas 8 Mac depan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan hari ini berkata, pengendali bas ekspres ke pantai timur telah diarah memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Justeru itu , selepas ini semua penumpang yang ingin ke Pantai Timur akan menggunakan perkhidmatan bas express yang akan ditempatkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) . Pembinaan TBS adalah  bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik serta dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukui.

Sebelum ini penurunan dan pengambilan penumpang di Hentian Greenwood  telah banyak menyumbang kepada keadaan yang cukup tidak selesa dan  tidak selamat kepada penumpang. Keadaan terminal yang terbuka juga agar menyukarkan penumpang untuk  menaiki bas jika berlakunya  keadaan cuaca yang  basah.

Semua keadaan ini telah diambil kira oleh SPAD dan    bagi memastikan  semua masalah tersebut dapat diatasi dengan cara yang cukup terbaik. Semua ini dilakukan oleh SPAD adalah  untuk menaik taraf sitem pengangkutan awam darat di negara ini.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh  Sistem pengakutan awam darat untuk penumpang yang ingin ke Pantai timur.   Perkhidmatan rel juga disediakan untuk memudahkan penumpang.

SPAD juga menggalakkan orang ramai yang hendak ke pantai timur agar menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS.

Image | This entry was posted in Hentian Bas Greenwood  Akan Berpindah ke Terminal  Bersepadu Selatan (TBS) 8 March 2015 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s