FELDA Sasar Generasi Berilmu dan Berdaya Saing


Oleh rmf

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sepanjang penglibatan didalam memajukan tanah tanah rancangan sekian lama telah merancang pelbagai program program pembangunan untuk dimanfaatkan oleh warga  FELDA   dari keseluruhan  golongan tanpa adanya penyisihan berlaku.

Pelbagai usaha yang dilakukan  oleh FELDA untuk memastikan generasi ke generasi seterusnya dilengkai dengan kepelbagaian ilmu dan kemahiran untuk menerjah jauh bidang dengan berdaya saing dan maju. Melengkapkan golongan ini adalah salah satu aspek jangka panjang yang menjadikan generasi FELDA mempunyai kesinambungan dimasa akan datang.

FELDA dalam membangunkan generasi yang berilmu, golongan sasar yang menjadi  tumpuan  semestinya ialah golongan belia dan anak anak FELDA yang ada sekarang., Golongan ini adalah pemangkin kepada  kemajuan FELDA dimasa akan datang.

Sebelum ini kita mungkin pernah terbaca dan di sajikan dengan pelbagai kisah FELDA yang  dimomokkan oleh  individu yang tidak bertanggungjawab untuk menghasut anak nak generasi agar melakukan  tindakan dengan maklumat maklumat yang  tidak benar. Ini adalah lumrah bila mana mereka melihat FELDA merupakan satu aset yang cuku benilai.

Sebelum ini, masyarakat sering dimomokkan dengan ceritera yang mengaitkan warga belia FELDA dengan pelbagai masalah gejala sosial di tanah rancangan.Dakwaan yang mengatakan warga belia FELDA terlibat dalam kancah dadah, aktiviti rempit, gejala seksual dan pelbagai lagi masalah sosial dilemparkan.

Tuduhan serta dakwaan ini tidak dinafikan berlaku di tanah rancangan FELDA, namun itu tidak bermakna ianya tidak wujud di luar kawasan FELDA seperti di bandar mahupun kampung tradisi lainnya.Malah, ada sebahagian gejala sosial yang berlaku di tanah rancangan FELDA bukanlah dilakukan oleh belia FELDA sebaliknya orang luar yang masuk ke tanah rancangan.

Berdasarkan angka dan fakta yang pernah disebutkan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semasa program anti dadah di FELDA Palong baru-baru ini, masalah berkaitan belia di tanah rancangan FELDA sebenarnya jauh lebih rendah dari di kawasan luar FELDA secara keseluruhannya walaupun untuk sebahagian kes terdapat peningkatan.

Mengambil maklum akan penglibatan belia FELDA dalam gejala tidak sihat ini biarpun angkanya agak rendah dari segi statistik, Pengurusan FELDA mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan lagi statistik ini.

Malah, menjadi harapan FELDA untuk menjadikan tanah rancangan FELDA sebagai sifar gejala sosial yang tidak sihat ini. Pelbagai program dirangka untuk menarik penglibatan warga belia FELDA agar mereka menjauhi segala macam gejala sosial ini.

Melalui Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA, baru-baru ini Album Kami Anak FELDA (KAF) telah dilancarkan yang menampilkan bakat nyanyian anak-anak FELDA.Jabatan Pengajian Tinggi & Generasi Baharu FELDA pula, telah menarik minat anak-anak Felda di peringkat sekolah menengah untuk melibatkan diri dengan sains, teknologi dan matematik.

Sepuluh orang anak FELDA baru-baru ini telah dihantar untuk menyertai Majlis Pelancaran Global STEM Alliance Di New York.Selain itu, Jabatan Pengajian Tinggi & Generasi Baharu FELDA turut menarik anak-anak muda FELDA yang berminat dengan sukan permotoran untuk menyertai perlumbaan Cub Prix supaya mereka ini menjauhi gejala rempit.

Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) juga banyak memainkan peranan dalam menarik minat anak muda FELDA untuk berpersatuan. Pelbagai program dirangka oleh MBFM dengan kerjasama FELDA, SERANTA, PERSADA dan pelbagai pihak lagi untuk meningkatkan kualiti warga belia FELDA di peringkat tanah rancangan, Wilayah, Negeri dan Kebangsaan.

Program berbentuk bengkel, ceramah, kesukarelaan malah keagamaan juga diadakan untuk para belia FELDA. Semua ini untuk menyemai nilai-nilai positif dalam diri warga belia FELDA disamping memberikan peluang buat warga belia FELDA menjana pendapatan dan menambah pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

FELDA juga turut menarik minat generasi baharu FELDA untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan bagi meningkatkan taraf hidup mereka agar lebih baik. Setiap sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak FELDA merupakan kejayaan FELDA juga, dan FELDA tidak pernah lupa dalam memberikan perhargaan untuk mengiktiraf kejayaan mereka dalam semua bidang.

Hentikanlah polemik sia-sia yang hanya cuba menjatuhkan FELDA dan menjatuhkan semangat anak-anak FELDA yang mahu meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga mereka. Berikan peluang kepada anak-anak muda FELDA ini membuktikan kesungguhan mereka dan sokonglah mereka dan doakanlah kejayaan mereka.

Image | This entry was posted in FELDA Sasar Generasi Berilmu dan Berdaya Saing and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s