Datuk Seri Liow Tiong Lai Lancar Keselamatan Di Jalanraya Musim Perayaan  Tahun Baru Cina


Oleh rmf

Sebagaimana saban tahun, dimusim musim perayaan rasmi di Malaysia, kempen keselamatan jalan raya akan dilancarkan untuk mengingati semua warganegara yang  pulang ke kampong halaman  sampai ke destinasi dengan selamtnya.

Kesedaran mengenai keselamatan jalanraya  bukan sahaja dititik beratkan dimusim perayaan sahaja, malahan ianya adalah satu kempen yang bersepadu  yang dijalankan sepanjang tahun. Tetapi dimusim perayaan kempen ini di pelgiatkan lagi.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2015 Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan Telah melancarkan Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya. Kempen  keselamatan jalan raya ini akan berjalan secara  bersepadu selama 15 hari.

Pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan diharapkan akan dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih fokus dalam semua aspek keselamatan.

Dalam ucapan ringkas yang dibuat Menteri Pengangkutan Ketika Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).  Kempen keselamatan jalanraya tahun ini bertemakan “Bertimbang Rasa Di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa”

Beliau juga mengingatkan pemandu agar memulakan perjalanan dengan memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta memastikan pemakaian Tali Pinggang Keledar dan pelbagai langkah langkah keselamatan yang seharusnya diambil  perhatian.

Dalam hal ini, pemandu kenderaan bermotor juga diberikan peringatan agar memakai pakian yang terang dan mudah dilihat serta  pemakaian  topi keledar dengan cara yang betul. Pemanduan  yang berhemah serta mematuhi peraturan undang undang yang ditetapkan akan menjamin keselamatan penumpang dan sampai ke destinasi yang dituju.

Pulang dengan selamat dan ingat orang yang tersayang, Sebagaimana operasi yang telah dilakukan sebelum ini, penglibatan agensi agensi kerajaan telah dikerah untuk membantu kelancaran kempen  keselamatan ini agar ianya dapat mengurangkan sedikit sebanyak kadar kemalangan maut.

Kempen keselamatan Jalaraya pada kali  ini telah melibatkan 3000 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Image | This entry was posted in Datuk Seri Liow Tiong Lai Lancar Keselamatan Di Jalanraya Musim Perayaan  Tahun Baru Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s