SPAD Bertegas Dalam Isu Keselamatan Pengangkutan Awam dan Tambang di Musim Perayaan


Oleh rmf

18 Feb – Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan rasmi  merupakan satu usaha berterusan Kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya di Malaysia tentang betapa pentingnya aspek-aspek keselamatan jalan raya ini diutamakan terutamanya menjelang perayaan besar sebegini.

Kesesakan jalan raya sewaktu  perayaan di Malaysia adalah fenomena yang  biasa kita lihat sepanjang tahun. Komposisi  Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai perayaan perayaan utama untuk disambut oleh pelbagai etnik.

Kenderaan semakin hari semakin bertambah, penggunaan pengangkutan awam kebiasaan nya telah menjadi pilihan yang utama dikalangan  warganegara Malaysia. Keselesaan yang disediakan oleh syarikat pengangkutan awam kini sedang  ditambah baikan agar ianya memenuhi  keerluan.

Dalam hal ini SPAD memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan keselamatan pengguna berada di tahap yang tertinggi dan meselamatan  pengangkutan awam yang cukup selamat digunakan.

Untuk memenuhi  keperluan  musim perayaan SPAD  dengan rasa kebertanggungjawaban  telah meluluskan sebanyak 140 permohonan untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna. Daripada  keseluruhan jumlah tersebut sebanyak 56 buah kenderaan  beroperasi di Johor sahaja.

Walaupun jumlah permohonan semakin bertambah  bila mula musim perayaan, SPAD  secara dasarnya akan terus memastikan setiap permohonan tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan kenderaan dan penumpang terjamin sepenuhnya.

Permit permit sementara yang diluluskan merangkumi bas bas persiaran , bas sekolah sebagai langkah persediaan untuk memenuhi  permintaan yang semakin banyak  dari tahun ke tahun.

Keyakinan pengguna  kepada pengangkutan awam  sekarang telah mingkat. Disini membuktikan bahawa SPAD senagang mengorak langkah untuk mengwujudkan satu sistem pengangkutan awam yang terbaik dan mesra rakyat dan engguna .

Berkaitan dengan isu keselesaan pengangkutan awam darat , semestinya  kadar tambang yang dikenakan  akan menjadi bualan dan pertanyaan dikalangan pengguna. SPAD telah mengumumkan bahawa tiada kenaikan tambang  yang akan dikenakan kepada pengguna  walaupun diwaktu ini  kadar kejatuhan harga minyak telah berlaku.

SPAD sebagaimana biasa akan memastikan kehendak kehendak pengguna pengangkutan awan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan kaedah “menang menang” diantara kedua belah pihak. APAD dalam usaha memastikan  kadar tambang tidak kan membebankan pengguna dan pada satu  pihak pula  mesatikan syarikat syarikat bas tidak akan mengalami kerugian atas sbb  penurunan kadar tambang sehingga tidak dapat melakukan penyelenggaraan.

SPAD sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawan dalam hal berkaitan pengangkutan awam  darat akan terus memberikan  komitmen  yang terbaik demi mamastikan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia akan mencapai satu  sistem perkhidmatan yang terbaik dan selesa serta bgertaraf dunia.

Image | This entry was posted in SPAD Bertegas Dalam Isu Keselamatan Pengakutan Awam dan Tambang di Musim Perayaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s