Datuk Dr Mashitah – “Candlelight” Bukan Amalan Umat Islam


Oleh rmf

Pengerusi Yayasan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah  dalam ulasannya menyebut bahawa musuh islam sentiasa akan cuba membawa umat islam kearah kesesatan dengan cara membudayakan  setiap amalan secara beransur ansur sehingga ianya menjadi satu amalan kebiasaan.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan melalui hadis baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.”  (Riwayat Tabrani)

Apa yang jelas perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara “candlelite vigil” mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Datuk Mashitah mengingatkan  bahawa kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik. Dengan sendiri kita boleh berfikir untuk tidak  langsung  melibatkan diri samada upacara “candlelite vigil”, demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan  mahu pun dalam bentuk memprortes.

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau  tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Dalam ulasan  beliau, Datuk Dr. Mashitah berkata,’terlalu banyak “candlelight”yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa mengira batas batas agama , isu ini bermula apabila mereka mula menterjemahkan hal hal yang berkaitan dengan agama yang  mana  tiada perbezaan diantara agama agama yang dianuti.”

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  kali ke 88  yang telah bersidang pada 2 Oktober 2009  telah membincangkan hukum penglibatan orang Islam dalam akitiviti  orang Islam dalam upacara “Candlelite Vigil” telah memutuskan bahawa melarang umat islam menyertai apa juga ritual yang bersifat upacara keagamaan bukan Islam yang mengandungi usur tasyabbuh dan boleh menjejaskan Aqidah umat Islam.

Umat Islam yang diakui sebaik-baik umat sepatutnya dapat menjadi contoh ikutan dan teladan yang baik terutama dari kalangan mereka yang dilantik sebagai pemimpin untuk dicontohi  masyarakat ramai.

Dalam  hubungan kerjasama dan kemasyarakatan dengan bukan Islam  tidak ada larangan agama mengenainya, malahan ia digalakkan berdasarkan  firman-Nya yang bermaksud:

”Allah tidak melarang kamu terhadap orang kafir yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu untuk kamu berbuat baik kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah kasih akan orang yang berlaku adil (saksama).”  (al-Mumtahanah: 8)

Justeru itu , Apa yang dilarang itu hanyalah menyerah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka yang memerangi dan memusuhi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

”Sesungguhnya Allah melarang kamu terhadap bukan Islam yang memerangi kamu dalam agama dan telah mengusirkan kamu dari negara kamu,dan bekerjasama mengusir kamu untuk memberi kesetiaan dan kuasa kepada mereka.” (al-Mumtahanah: 9)

Mereka harus menjaga diri masing-masing dan jangan sekali-kali terlibat dengan amalan yang boleh meragukan dan mengelirukan orang ramai. Sehubungan ini, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tinggallah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.”

 Sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara. Ada larangan larangan yang perlu kita hindarkan, bukan setakat isu lilin ini, malahan banyak lagi perkara yang  telah berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang  bermaksud:

“Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa.

Image | This entry was posted in Datuk Dr Mashitah - "Candlelite" Bukan Amalan Umat Islam and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s