Ajaran “Islam” Baru Dari Fahaman Plurlisme Oleh Pakatan Rakyat


Oleh rmf

10959413_10200205059485830_5722539912125564388_n

Biasanya kejadian tersebut dilakukan untuk mencari sokongan dan populariti. Bagaimanapun, kita harus sedar bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan melalui hadis baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.”  (Riwayat Tabrani)

Sebagaimana yang kita ketahui  Dewan Ulama’ PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan itu dan telah menegur tindakan yang melibatkan umat Islam yang melakukan protes menggunakan lilin dan apa juga yang berkaitan dengan fahaman bukan Islam.

Apa yang jelas perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara “candlelite vigil” mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Apa pun, dari sisi akidah, sesungguhnya di dalam Islam, amalan memohon ‘keampunan’ bagi pihak bukan Islam itu jelas dilarang keras sepertimana

Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan  bagi Nabi dan orang yang beriman bersamanya untuk memohon keampunan bagi orang musyrik sekalipun kaum kerabat sendiri.” (at-Taubah: 113)

Kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik. Dengan sendiri kita boleh berfikir untuk tidak  langsung  melibatkan diri samada upacara “candlelite vigil”, demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan  mahu pun dalam bentuk memprortes.

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau  tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Terlalu banyak “candlelight”yang telah dilakukan oleh penyokong dan pengikut pakatan rakyat , isu ini bermula apabila mereka mula menterjemahkan hal hal yang berkaitan dengan agama yang  mana  tiada perbezaan diantara agama agama yang dianuti.

Umat Islam yang diakui sebaik-baik umat sepatutnya dapat menjadi contoh ikutan dan teladan yang baik terutama dari kalangan mereka yang dilantik sebagai pemimpin untuk dicontohi  masyarakat ramai.

Dalam  hubungan kerjasama dan kemasyarakatan dengan bukan Islam  tidak ada larangan agama mengenainya, malahan ia digalakkan berdasarkan  firman-Nya yang bermaksud:

Allah tidak melarang kamu terhadap orang kafir yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu untuk kamu berbuat baik kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah kasih akan orang yang berlaku adil (saksama).”  (al-Mumtahanah: 8)

Apa yang dilarang itu hanyalah menyerah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka yang memerangi dan memusuhi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

”Sesungguhnya Allah melarang kamu terhadap bukan Islam yang memerangi kamu dalam agama dan telah mengusirkan kamu dari negara kamu,dan bekerjasama mengusir kamu untuk memberi kesetiaan dan kuasa kepada mereka.” (al-Mumtahanah: 9)

Mereka harus menjaga diri masing-masing dan jangan sekali-kali terlibat dengan amalan yang boleh meragukan dan mengelirukan orang ramai. Sehubungan ini, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tinggallah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.”

Sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara. Ada larangan larangan yang perlu kita hindarkan, bukan setakat isu lilin ini, malahan banyak lagi perkara yang  telah berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang  bermaksud:

“Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa.

Image | This entry was posted in Ajaran Islam Baru Dari Fahaman Plurlisme Oleh Pakatan Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s