Yayasan Pondok Melangkah KeHadapan Dengan Penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia


Oleh rmf

Pelbagai cara yang sedang dan telah dirancang oleh Yayasan Pembangunan Pondok  Malaysia untuk memastikan institusi pondok bergerak seiringan dengan kemajuan dan kelestarian keilmuan di negara ini.

Baru baru ini dengan beberapa siri perbincangan yang di ketuai oleh YB Datuk Dr. Mashitah telah mencadangkan penubuhan koperasi  YPPM  dan telah pun dipersetujui dengan sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah, Maka tertubuhnya sebuah koperasi yang mana akan memberikan pulangan pendapatan  kepada YPPM.

Penubuhan Koperasi YPPM dengan matlamat utamanya adalah untuk mengumpul dana  bagi melaksanakan tanggungjawab dan memenuhi keperluan keperluan yang didiperlukan untuk warga pondok. Dengan demikian Penubuhan Koperasi  Pembangunan Pondok Malaysia ini sekali gus membuktikan YPPM sedang berusaha untuk memertabatkan  dan menaiktaraf  kebajikan   yang diperlukan oleh warga pondok khasnya.

Datuk Dr.  Mashitah  dalam ulasannya  amat bersetuju dengan penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia keran dengan penubuhan ini YPPM akan membukan ruang yang seluasnya untuk  menjana pendapatan bukan lagi bersifat hiliran malah ianya boleh dikembangkan keperingkat yang lebih komersial.

KPPM bercadang akan menceburi bidang yang berdaya saiang disampaing menjemput seluruh warga pondok untuk bersama KPPM  didalam merealisasikan agenda pembangunan  koperasi dengan meyertai KPPM sebagai ahli yang berdaftar.

Menurut Datuk Dr. Mashitah lagi, sebelum ini segala perbelanjaan untuk mengerakkan seolah pondokhanya kebergantungan kepada sumbangan awam dan  pemberiaan dari hasil zakat sahaja, Dengan penubuhan KPPM ini diharapkan akam dapat menampung segala bentuk perbelanjaan   yang diperlukan oleh sekolah pondok untuk meastikan kemajuan ilmu di sekolah pondok tidak menghadapi masalah .

Langkah yang diambil oleh YPPM Malaysia ini adalah satu langkah mentransfomasikan sitem pendidikan sekolah pondok yang mana usaha usaha dilakukan  dalam kepelbagain bentuk  semuanya adalah untuk memastikan kesinambungan ilmu sekolah [pondok diteruskan dengan lebih teratur dan berkesan.

Dengan kesedaran  dan memikirkan kepentingan  serta kemajuan ilmu sekolah pondok, maka tanggungjawab yang cukup besar terpaksa digalas oleh YPPM  dan melakukan setiap pembaharuan yang l;ebih bersifat dinamik dan jangka panjang untuk memastikan martabat institusi pondok dijaga dengan baik dan memastikan kelangsungan  keilmuannya berkembang giat.

Sementara itu YPPM  sedang menimbangkan pencalonan daripada kalangan guru yang berkelayakan untuk dihantar  menunaikan Fardu Haji . Dengan demikian dengan terlaksananya KPPM ini, dimasa akan datang nanti mungkin ada penambahan koata yang dibuat untuk tujuan yang sama.

Buat sementara waktu, pemilihan calon calon yang akan menunaikan haji  akan dipilih melalui  Program Khas Haji Perdana Menteri   dimana merupakan  Penaung YPPM.

Image | This entry was posted in Yayasan Pondok Melangkah KeHadapan Dengan Penubuhan Koperasi Pembangunan Pondok and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s