MCA Terus Memberi Desakan Agar Harga Barangan Di Turunkan


Oleh rmf

9 Feb-  Kejatuhan nilai minyak  di pasaran  telah menyebabkan berlakunya beberapa impak yang agak kritikal didalam negara. Dalam hal demikian , kerajaan melalui NGO dan perbagai pertubuhan serta parti parti komponen sedang berusaha  untuk mendesak agar harga barangan dipasaran turun mengikut gerakan ekonomi yang sedang berlaku sekarang.

MCA dengan rasa kebertanggungjawaban mereka terhadap kesempitan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat terus memacukan satu gerakan untuk mendesak para  pembekal dan pemborong agar menurunkan harga dipasaran.

Desakan ini dibuat bukan hanya  berkisar kepada satu kaum sahaja , malahan ianya melibatkan semua kaum di Malysia yang mana saban hari memerlukan barangan keperluan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Tentangan terhadap tindakan peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barangan di suarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan menegaskan parti itu tetap dengan pendirian untuk menentang tindakan peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenang

permasalahan utama yang wujud ketika ini melibatkan harga barang yang tinggi, oleh itu MCA akan memberi tumpuan untuk menangani isu tersebut. Rakyat perlu dibela sepenuhnya, sikap peniaga tidak mahu menurunkan harga barangan seakan mahu membawa peniaga yang lain memboikot saranan kerajaan untuk mepentingan rakyat.

Tidak kurang daripada itu,  ada diantara pihak pembangkang yang  melatah dengan mengatakan bahawa desakan tersebut adalah tidak lebih dari sikap perkauaman yang ditunjukkan oleh kerajaan.

Namun MCA dengan tegas berpendirian beranggapan bahawa isu desakan  agar menurunkan harga barang bukan satu  , sebagai isu perkauman. Ini adalah kerana harga barangan ini adalah sesuatu yang dibayar dan digunakan oleh keseluruhan rakyat didalam negara.

Adalah tidak masuk akal jika ada dikalangan pemimpin pembangkang yang melihat desakan menurunkan hrga barangan ini sebagai satu isu perkauaman.

Dalam pada masa yang sama Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA sedia memberi kerjasama dengan semua pihak dalam usaha membanteras tindakan mana-mana peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

Dalam memastikan kejayaan desakan ini, kerjasama semua pihak dalam isu ini penting bagi memastikan inflasi dalam negara dapat dikawal dengan baik. Bekerjasama dengan pihak peniaga dan mereka juga boleh tampil membantu menyahut seruan kerajaan untuk tangani isu ini

Oleh yang demikian, MCA secara tegas dan berpendirian akan terus melakukan usaha yang berpanjangan agar peniaga  menurunkan harga barangan dipasaran dan melihat ianya akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang berada didalam negara ini.

Kepada pembangkang juga, seharusnya berpolitik secara matang dan terus bersama kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat dan melihat apa yang dihadapi oleh rakyat sekarang, bukan hanya memikirkan kepentingan politik tanpa mempedulikan rakyat.

Image | This entry was posted in MCA Terus Memberi Desakan Agar Harga Barangan Di Turunkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s