Mansuh PLKN? Pembangkang Tidak Patriotik MESTI “DiRekrutkan” Semula


Oleh rmf

9 Feb- Pernah satu ketika dahulu, saya pernah mencadangkan kepada kerajaan agar mewajibkan setiap bakal bakal pemimpin mengikuti kursus kenegaraan  dimana mana kem termasuk PLKN selama tiga bulan . Tujuan cadangan dibuat adalah untuk menerapkan nilai nilai kenegaraan dalam diri para pemimpin agar mereka boleh membezakan kepentingan politik dan negara

Walau apa juga status atau darjat  di Malaysia, sebagai warganegara seharusnya mempunyai satu semangat cintakan negara tersemat didalam hati dan sanubari sebagai teras kepada kecintaan kita terhadap negara.

Semangat patriotik yang tersemat didalam hati kita ini menunjukkan bahawa kita dapat mebezakan apa juga kepentingan termasuk politik. Tetapi sekarang ini kita hanya mampu melihat  ada diantara warganegara yang amat memusuhi negara sendiri dengan bersekongkol negara asing untuk menjahanamkan negara ini.

Sehingga ada pada satu tahap yang sanggup membocorkan keselamatan negara demi mencapai cita cita politik dan bakal memudaratkan keselamatan negara dan juga warganegara yang lain.

PLKN ditubuhkan adalah untuk menyerapkan nilai nilai kecintaan terhadap negara yang mana dimulakan dalam usia  persekolahan lagi. Kecintaan pada negara atau menanam sikap dan sifat patriotik ini diasuh dengan kaedah budaya kerja , kemasyarakatan,sahsiah dan sebagainya.

Namun begitu tentangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kewujudan PLKN semakin hari semakin meyerlah. Sikap tidak bersetuju dengan  konsep penubuhan PLKN di perkatakan dengan  cadangan untuk mendesak kerajaan agar memansuhkan kewududan PLKN dengan alas an merugikan  kewangan negara.

Hal yang demikian juga telah dilakukan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendakwa malu untuk mengibarkan bendera Malaysia dengan alasan terlalu bersifat Barisan Nasional (BN).

Seharusnya sebagai warganegara berbangga dengan lambing kedaulatan negara ini , Tidak timbul bendera Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat kerana warna yang terdapat pada identiti Malaysia itu sangat berbeza tafsirannya dengan bendera Amerika.

Bukan itu sahaja, Wakil Rakyat DAP, Chong Chieng Jen telah ‘dihukum’ apabila mendapat kecaman daripada rakyat pelbagai kaum berikutan tindakannya menghina nyanyian lagu Negaraku di dalam panggung wayang.

Apakah mereka ini warganegara Malaysia? Jika benar , adalah menjadi tanggingjawab kerajaan  untuk memulihkan semula semangat patriotic  dalam diri mereka dengan menghantar mereka  ke kursus kenegaraan  dimana mana kem PLKN atau Kem ketenteraan.

Kerajaan seharusnya meneruskan apa yang telah dilaksanakan  melalui PLKN , PLKN tidak semestinya dihentikan  kerana desakan warganegara yang tidak patriotik. Malah seharusnya mengenal pasti sesiapa yang menunjukkan sikap sedemikian dan dipulihkan melalui cara yang terbaik.

Image | This entry was posted in Mansuh PLKN?Pembangkang Tidak Patriotik MESTI  “DiRekrutkan” Semula and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s