SPAD Mesti Perketatkan undang undang Prasarana Untuk OKU Pada Pengangkutan Awam


Oleh rmf

IMG_2425

Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Diskriminasi masyarakat terhadap OKU masih tinggi dan akta untuk membela OKU sudah dimaktubkan tetapi tidak dikuasakan ini seolah-olah tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tiada guna dibentangkan diparlimen. Jika kesalahan itu pula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan akta ini, adakah pihak penguatkuasa itu boleh ‘dikuatkuasakan’?

Saya difaham kan bahawa satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam.

Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya.

Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Sepanjang perjalanan saya menggunakan pengangkutan awam iaitu ETS , saya dapati kemudahan dan tempat duduk OKU yang disediakan didalam Tren ETS selakunya diduduki  oleh orang yang shat bukan dikalangan OKU yang menaiki disamping ruang OKU didalam Tren ETS dijadikan tempat meletakkan barangan.

IMG_2499

Bukan itu sahaja, kemudahan wheelchair pada kebanyakan station tidak juga disediakan .Sesampai di terminal KL Sentral  saya dapati tiada kawasan yang terdekat untuk menurun dan mengambil  penumpang OKU  malahan kawasan tersedekat dipenuhi dengan ruang kereta VIP yang dikhaskan.

Apakah dengan menyediakan atau mengosongkan satu ruang VIP dan menjadikan ruang OKU untuk mengambil dan menurunkan merugikan? SPAD seharusnya memantau prasarana ini agar Kuala Lumpur bandaraya yang moden tidak dilihatkan sebagai bandar yang mementingkan kumpulan tertentu sahaja dan mengabaikan kumpulan yang bebetul betul memerlukan.

IMG_2495

Ruang menurun dan mengambil penumpang OKU telah diletakkan diseberang jalan,

Semasa saorang rakan ngin menunggu dan mengambil  saorang OKU  dan meletakkan kenderaan dikawasan yang berhampiran, saorang anggota polis bantuan di KL sentral telah menghalau rakan saya walaupun telah diterangkan untuk menunggu sebentar untuk mengambil saorang OKU.

Tetapi ruang tersebut  boleh pula digunakan oleh orang lain yang  terus meletakkan kereta tanpa diambil tindakan. Ini lah diskriminasi yang terjadi. Sepatutnya ruang tersebut dikhaskan untuk kenderaan OKU. Kejadian ini berl;aku di KL Sentral.

IMG_2491

Penguatkuasaan oleh SPAD disamping penyediaan ruang khas untuk OKU di KL Sentral mesti dilakukan demi memastikan SPAD berada ditahap yang terbaik dan bukan akan menjadi buah mulut disebabkan beberapa perkara yang dianggap remeh.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat beberapa syrikat yang telah mengambil inisiatif didalam hal ini, Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

SPAD melalui bidang kusa yang ada seharusnya memastikan prasarana OKU dikuatkuasakan bagi semua pengangkutan awam yang beroperasi di Malaysia ini. Jadikan ianya merupakan syarat yang wajib bagi sesabuah syarikat didalam negara ini menyediakan kemudahan ini.

Image | This entry was posted in SPAD Mesti Perketatkan undang undang Prasarana Untuk OKU Pada Pengangkutan Awam and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s