Demi Memertabatkan Islam ,Malaysia Sebagai Perintis Indeks Syariah


Oleh rmf

Wasatiyyah seperti yang terungkap dalam Surah Al Baqarah : 143 adalah manifestasi pendekatan bijaksana dan adil supaya umat Islam menjadi saksi kepada contoh kemajuan dan perubahan bagi umat manusia seperti yang berlaku pada masa terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah yang telah berlangsung awal  February tahun 2014 yang lalu, Didalam seminar tersebut dibincangkan  mengenai penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa adalah menarik untuk diteliti dan diberikan pendekatan yang terbaik.

Berdasarkan dengan saranan yang telah dibuat pada tahun 2014 , maka kesinambungan akan dibuat dan diteruskan pada 10 February 2015 yang mana Perlancaran Indeks Syariah Malaysia dengan bersempenanya Majlis Perdana Ulama dan Umarak 2015.

Dalam hal ini ianya terselaras dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO yang mana pada Fasal  3 perlembagaan parti itu mengutamakan dan memertabatkan agama islam seterusnya bersesuaian dengan syariat Islam.

Semua itu telah terbukti bagaimana  pembelaan  yang telah dilakukan oleh Dato seri Najib melalui penubuhan Yayasan Pembangunan Sekolah Pondok yang di Pengerusikan oleh Dato Mashitah Ibrahim sebagai satu pusat pembangunan Islam yang diiktiraf di dalam negara ini.

Perkembangan Ilmu yang berteraskan Islam bukan satu agenda politik akan tetapi ianya lebih kepada menjurus kepada menyebaran dan memertabatkan Islam dalam negara ini.

Ianya sejajar dengan apa yang terkandung didalam perlembagaan negara yang mana agama Islam dilindungi sepenuhnya dan dijaga bersama oleh Raja Raja Melayu di Malaysia. Oleh yang demikian amat bertepatan sekali  bila mana DS Najib melancarkan Seminar Antarabangsa Wasatiyah sebagai langkah pertama untuk memperlengkapkan syariah sedia ada  termasuk bersama Ulama dan Umarak.

Dalam ucapan di majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)sebelum ini ,Dato seri Najib Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Seterusnya  menyarankan agar sekolah sekolah pondok  mesti dipertahankan kerana sebagai pusat  ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan pasca kemodenan  yang sedang berlaku, katanya.

Dato seri Najib berkata dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, “hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.” Institusi pondok mesti dipertahankan kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. Ianya berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara, yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Maqasid Syariah adalah suatu saranan yang baik supaya negara-negara Islam dapat mengukur setakat mana lima prinsip dalam Maqasid Syariah telah dilaksana dan dirancang untuk dilaksana dalam negara masing-masing.

Maqasid Syariah berasaskan lima prinsip iaitu menjaga agama (Deen), nyawa (kehidupan), akal (ilmu dan pendidikan), maruah (jati diri Islami) dan harta benda (kekayaan sumber).

Allah mengurniakan sumber rahmah dan nikmat yang banyak di negara-negara Islam. Buminya yang subur dan hasil perut buminya yang banyak, suatu tamadun yang pernah lahir dan bertahan selama 700 tahun sebagai.

Umat Islam kini sudah hilang prioriti atau keutamaan. Peperangan, perseteruan, perpecahan, kebencian dan dendam kesumat menjadi pilihan mereka menyebabkan kelemahan yang sangat ketara berlaku.

Dalam hal yang semikian, sebagai pemantapan yang harus diketengahkan oleh Perdana menteri, Yayasan pembangunan pondok Malaysia ialah Yayasan Pondok bertanggungjawab dalam  usaha mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal, serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka.

Disamping itu, memberikan bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar pondok yang cemerlang yang mungkin menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Umat Islam memerlukan pendekatan bijaksana bagaimana strategi dan maslahah dapat disantuni supaya terelak menjadi mangsa pihak ketiga dengan mengambil pendekatan sederhana dan berimbang supaya yang dikejar dapat dan yang diken­dung tidak berciciran.

Maqasid Syariah menuntut supaya agama terpelihara. Memelihara agama bukan sekadar menampilkan syiar yang sifatnya rohaniah semata tetapi Deenul Islam harus mampu dijana sebagai sumber tamadun.

Nyawa atau kehidupan umat Islam ha­rus berada dalam tahap karamah insan supaya diri mereka terpelihara, tidak menjadi mang­sa kepada eksploitasi pihak ketiga, ju­taan terpinggir sebagai pelarian dan tahap kesihatan yang rendah bagi sesetengah negara.

Ia memerlukan strategi membangun akal fikir supaya sistem ilmu dan pendidikan yang sifatnya integratif dan holistik terjadi untuk menghasilkan modal insan yang mampu mencetuskan perubahan dan kemajuan.

Maruah atau jati diri Islami warga umat perlu dipertahan dan dikembang suburkan supaya keupayaan dan kejayaan umat Islam menjadi contoh terbaik kebangkitan “Order Baru Dunia” yang menjadikan ilmu yang bermanfaat dan teknologi yang terpedoman sebagai landasan memugar kekayaan yang dimiliki.

Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia Islam bagaimana pendekatan wasa­tiy­yah yang diteroka sekian lama mengha­silkan kemajuan dan perubahan yang boleh menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Kita tidak memilih jalan revolusi dan anarki dalam realiti masyarakat majmuk yang menuntut ketinggian kebijaksanaan.

Dalam bidang pendidikan integrasi dan Islamisasi ilmu terjadi, Pelan Pembangunan Pendidikan mengambil kira asas-asas negara yang fundamental dan menyediakan generasi yang boleh menghadapi cabaran globalisasi,

Dalam bidang ekonomi dan kewangan perbankan dan takaful Islam, sukuk dan waqaf berkembang sehingga Bank Rakyat yang patuh syariah menjadi tarikan pe­minjam dan pelabur Bukan Islam. Undang-undang keluarga Islam diperkemas, sistem mahkamah syariah dipertingkatkan, industri halal dimajukan dan dasar-dasar negara menyantuni kelompok miskin dan kebajikan golongan yang tidak bernasib menjadi agenda negara.

Malaysia harus mewujudkan Indeks Maqasid Syariahnya terlebih dahulu supaya suatu jawatankuasa di peringkat antarabangsa dibangunkan dan menjadikan model Malaysia sebagai model rujukan.Juasteru itu kenyataannya akan direalisasikan pada 10 February akan datang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang melaksanakan Maqasid Syariah dalam negara ini.

Umat Islam harus meletakkan wadah atau kesatuan sesama umat sebagai ke­utamaan, bijaksana dalam mengurus krisis, cabaran dan kemenangan. Pendekatan berimbang (wasat) dan sederhana ternyata memberi kesan positif kepada perubahan dan kemajuan kerana ia adalah suatu proses dan tidak harus berlaku sikap gopoh dan melampau yang merugikan.

Image | This entry was posted in Malaysia Sebagai Perintis Indeks Syariah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s