MH370 Segala Usaha Telah Dilakukan-Terima Walaupun Pahit


oleh rmf

Pengisytiharan bahawa insiden pesawat MH370 adalah satu kemalangan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengumuman itu dibuat bagi membolehkan keluarga penumpang dan kru MH370 meneruskan kehidupan mereka.

Dasar dan usaha kerajaan  untuk terus mencari akan diteruskan, namun begitu ada sebilangan dari  keluarga mangsa tidak mampu menerima kenyataan yang amat pahit itu- Hilang tanpa dikesan- Tetapi itu lah hakikatnya yang seharusnya diterima.

Setiap agama yang dianuti di muka bumi ini mengerti istilah yang dinamakan  itu semua suratan yang telah di tetapkan, hidup dan mati , dan apa juga keadaan. Tanggungjawab kerajaan ialah memastikan ada usaha untuk mencari walaupun dalam keadaan apa sekali pun.

Kerajaan mana yang tidak saying kepada rakyatnya, pastinya kerajaan berusaha gigih untuk mengenalpasti  dimanakah kehilangan tersebut dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terlibat.

Kita seharusnya rasional tentang hal ini, Jika selama ini kerajaan Malaysia bersikap mendiamkan diri tanpa apa juga usaha dilakukan, kewajarannya kerajaan  harus dipersalahkan. Anggota keluarga mangsa pesawat MH370 diminta menerima hakikat bahawa pesawat itu telah mengalami kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya telah terkorban.

Sepatutnya, sebagai rakyat atau mangsa kehilangan berfikiran positif dan redha  dengan apa yang telah berlaku, semua manusia tidak mahu perkara tersebut berlaku , Namun ketentuan Yang Maha Berkuasa tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya.

Kehidupan mesti diteruskan dengan adil kepada diri kita dengan menerima ketentuan dariNya, Menerima suratan yang amat sukar diterima oleh mana man indvidu sekali pun. Namun  bagi yang masih hidup dan masih ada kehidupan, seharusnya mengorak satu semangat untuk  membina semagat yang telah hilang  berkutan tragedy ini.

Kelmarin-  Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam siaran televisyen secara langsung mengisytiharkan insiden MH370 adalah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan kru di dalamnya dianggap mati.

Bagi pembangkang, tragedi kehilangan pesawat MH370 merupakan kesempatan besar untuk diraikan dalam usaha untuk menonjolkan diri.

Masing-masing mengeluarkan kesimpulan bersandarkan sentimen politik, mereka jadikan tragedi MH370 sebagai ruang untuk berpolitik dengan lebih maksimum.

Pemimpin utama Pembangkang bagai meraikan kesempatan ini, bila Anwar dan Lim Kit Siang kelihatan sama-sama tidak mahu terlepas peluang. Namun setakat ini Presiden PAS Hadi Awang seperti bersikap redha, tidak berpolitik dan tidak juga memandai.

Berbalik isu kehilangan ini,  kejadian ini bukan baru pertama kali  berlaku didalam dunia ini, banyak kejadian pesawat yang telah hilang dan tidak dijumpai walaupun usaha pencarian dilakukan selama bertahun tahun.

Tindakan keluarga yang mendesak kerajaan agar memulangkan suaminya kembali adalah satu cetusan perasaan yang tidak dapat dikawal, Pada masa yang sama mereka juga melihat kepelbagaian usaha yang dilakukan untuk mencari oleh kerajaan.

Serata lautan yang luas dijejahi dengan perbelanjaan yang banyak, disatu sudut lain pula ritual keagaan kepada anutan masing masing terus dilakukan.

Ketika seluruh dunia memerah idea mencari sebarang kemungkinan dengan teknologi tercanggih, tiba-tiba dengan mudah ahli politik pembangkang dari Malaysia menjadikan kehilangan MH370 sebagai modal politik murahan dan menghasut keluarga penumpang untuk melakukan desakan terhadap kerajaan dengan melakukan pelbagai tuduhan.

Seharusnya mereka sebagai pemimpin walaupun dari posisi yang berlainan sepatutnya bersama sama  mem,bantu kerajaan , jika tidak dalam kewangan  boleh juga melakukannya melalaui khidmat nasihat terhadap  keluarga mangsa. Jika ini dapat dilakukan maka seluruh operasi dalam pencarian dalam diuruskan dengan jayanya  susulan kerja sama perlbagai pihak.

Sejarah Kehilangan pesawat

Berikut beberapa kes kehilangan pesawat. (Sumber: Time Magazine, Forbes Magazine dan Wikipedia):

  • 1937: Juruterbang wanita Amerika Syarikat yang pertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.
  • 2 Ogos, 1947: Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang merempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.
    – Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesawat itu dan penumpang.
    – Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki warga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.
  • 30 Januari 1948: Pesawat BSAA Star Tiger hilang di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.
    – Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penumpang.
  • 17 Januari 1949: Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, membawa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.
    – Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbulkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.
  • 30 Januari 1979: Sebuah pesawat kargo Varig Brazilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.
    – Pesawat dan anak kapal gagal ditem
Image | This entry was posted in MH370 Segala Usaha Telah Dilakukan-Terima Walaupun Pahit and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s