Yayasan Mesra  Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera Peringkat DUN Sedili.


Oleh tmf

Dalam membina sebuah masyarakat yang berdaya saiang dan  sahsiah dengan kemasyarakatan yang tinggi, kepelbagaian program yang melibatkan semua pihak  terus menerus dijalankan oleh pihak pihak NGO  yang mana banyak menitikberatkan konsep kekeluargaan dalam masyarakat.

 Program yang seumpama ini sedikit sebanyak akan menjalinkan ukhwah  diantara  pelbagai etnik disekitarnya. Jalian ukhwah ini amat penting bagi meastikan  kewujudan sebuah masyarakat yang  madani.

Atas kesedaran itu program  Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera merupakan program pendedahan masyarakat terhadap aspek kesihatan dan kepentingan mencegah penyakit awal dengan melakukan pemeriksaan awal .

Program ini dianjurkan oleh JKK Kampung Gembut dengan kerjasama Yayasan Mesra, Pusat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan KEMAS. FGVH merupakan penaja utama program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. En. Fizwan Bin Dato’ Hj. Mohd Rashidi, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi.

Pelbagai acara telah berlangsung seperti Pemeriksaan Kesihataan, Pemeriksaan Gigi, Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Ceramah Pemakanan Sihat dan Keselamatan dan pameran agensi kerajaan.

Didalam program yang sedemikian,  segala maklumat akan dikongsi bersama  untuk memberikan pengetahuan penerangan kepada masyarakat  dalam melakukan, mengendali serta penjagaan atau tip tip untuk dijadikan panduan.

Tuntasnya, semangat kejiranan dapat dibentuk melalui program yang dijalankan  dan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati.

Inilah intipati yang  kebiasaannya diterapkan melalui ucapan ucapan serta aktiviti aktiviti yang dijalankan didalam apa juga program kemasyrakatan  yang disertai berbilang kaum dan bangsa. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata .

Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara

Image | This entry was posted in Masyarakat Sejahtera Peringkat DUN Sedili. and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s