Oleh rmf
Sepanjang penubuhan Yayasan Mesra dan sepanjang pengendalian program program yang berteraskan konsep kemasyarakatan, terlalu banyak impak positif yang telah dijalinkan untuk dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat.
Negara kita kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain.
Namun terdapat di satu sudut nagetif yang lain menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.
Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk Yayasan Mesra untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Atas kesedaran itu Yayasan Mesra ditubuhkan untuk memastikan penglibatan semua kaum dalam program program yang berteraskan kenegaraan, kemasyarakatan dianjurkan bagi memupuk satu semangat yang harmoni.
Sepanjang tertubuhnya Yayasan Mesra , banyak program program yang telah dijalankan untuk megerakkan satu semagat kejiranan dan kemasyarakatan yang saling berhubung dan membantu diantara ssatu dgn yang lain.
Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan.
Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan kemasyarakatan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh
Yayasan Mesra sepanjang melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerja sama erat diantara kaum dan agensi kerajaan.
Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera Peringkat DUN Sedili.
Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera DUN Johor Lama.
Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera DUN Johor Lama.
Khidmat Mesra Yayasan Mesra Pasca Banjir di Parlimen Kuala Krai.
Khidmat Mesra Yayasan Mesra Pasca Banjir di Parlimen Tanah Merah.
Pertandingan Memasak Sempena Sengat Fest 2014.