PLKN Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit DiJunjung


Oleh rmf

Laporan berita yang memaklumkan program berkenaan ditangguhkan selama setahun di bawah Bajet 2015 agak mengecewakan bagi mereka yang melihat manfaat program berkenaan di mana golongan belia daripada pelbagai kaum berpeluang untuk hidup, belajar, makan dan bermain bersama.

Bagi setengah pihak, penangguhan itu merupakan  kegembiraan untuk tidak menghadiri program Khidmat Negara yang mana mereka ini merasakan khidmat negara merupakan bebanan dan kekangan kepada aktiviti yang mereka lakukan setiap hari.

Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Mohd Syafik Mohd Taufik berkata, melalui program itu, remaja dilengkapkan dengan semangat patriotisme, daya kepimpinan berkualiti, pembentukan sikap toleransi dan jati diri yang tinggi selain iman dan akhlak terpuji.

Selain itu, keperluan bagi generasi muda Malaysia tinggal bersama rakan dari kaum dan agama lain memang tidak dapat dinafikan. Mereka perlu memahami apakah yang sering bermain di fikiran dan sikap prejudis yang sering timbul.

Pembentukan sahsiah yang sedemikian menjadikan sebahagian daripada peserta Khidmat Negara  yang telah menamatkan latihan akan merasakan lebih menghargai kehidupan yang berbilang kaum dan menghargai keamanan yang dikecapi sekarang.

Apabila orang muda ini diletakkan bersama di dalam pelbagai cabaran bagi membina karakter sama seperti di dalam kursus bina pasukan, mereka akan dapati bahawa mereka semua adalah sama tanpa mengambil kira nama, kaum, agama dan warna kulit.

 Maka disinilah bermulanya segalanya  sebelum ini agak janggal bagi mereka , kini akan memahami betapa penting nya. ikatan baru antara kaum dan kemudian boleh disuburkan lagi melalui program program kemasyarakatan.

Baru baru ini, bencana banjir di Pantai Timur dan kawasan lain di semenanjung mungkin adalah peluang terbaik bagi organisasi bukan Melayu untuk menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan Melayu yang memerlukan bantuan. Gerak kerja sukarelewan termasuk peserta khidmat negara  telah menyumbang  tenaga bagi membantu dalam apa  bentuk yang mampu dhulurkan.

 ‘Kesedihan dan kesakitan tidak mengenal kaum’. Kini telah menjadi budaya semua pihak termasuk  sukarelawan Khidmat negara. Jika perkara ini berterusan , maka untuk melahirkan sebuah masyarakat yang cukup perihatin akan tercapai dengan membelakangkan hasutan  dari anasir yang tidak bertanggungjawab.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan jika program itu dianjurkan hanya untuk memenuhi tuntutan pengajaran selama tiga bulan sahaja, sepatutnya ada hubungan berterusan antara kerajaan dan bekas pelatih.

Setidak-tidaknya bekas pelatih boleh ditawarkan sebagai sukarelawan ketika negara menghadapi bencana yang tidak diduga seperti kejadian banjir , program khidmat Masyarakat dan banyak lagi program yang mengwujudkan  satu ikatan kekitaan sesame  rakyat Malaysia.

Kerajaan seharusnya mengkaji semula PLKN sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadikan hala tuju baru yang lebih jelas bagi membina Malaysia yang lebih kukuh dan bersatu.

Image | This entry was posted in PLKN Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit DiJunjung and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s