Pusat perkhidmatan MCA dibuka semula Dengan Semangat baru kepada masyarakat Seremban


Oleh rmf

Penduduk Seremban kini  boleh menarik nafas lega bila mana  dengan rasminya pembukaan semula Pusat Perkhidmatan di Templer Flats . Dengan kepadatan penduduk dikawasan tersebut bakal menerima perkhidmatan yang terbaik dari MCA.

Pusat itu yang telah ditutup selepas pilihan raya umum lepas Mei 2013 telah diubahsuai untuk keselesaan pengunjungnya. Dasar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka yang memerlukan menjadi  teras kepada perkhidmatan yang akan diberikan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu membuat keputusan untuk membuka semula pusat perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan itu.

Sebelum ini, rakyat terpaksa pergi ke ibu pejabat MCA di Seremban jika mereka mempunyai masalah. Langkah drastik dan berdaya saing ini yang dilakukan oleh MCA seremban merupakan satu langkah yang merngimbangi keperluan dan melihat kepentingan khimad oleh MCA terhadap rakyat.

Puat perkhidmatan ini adalah diantara beberapa pusat yang telah ditutup selepas pilihanraya umum yang lalu berikutan arahan yang diterima oleh kerajaan negeri. Dengan kebenaran  pembukaan semula ini MCA akan dapat menyalurrkan maklumat, perkhidmatan yang telus dan terus kepada rakyat sekitarnya

Dalam upacara pembukaan pusat tersebut turut hadir ialah timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua MCA Seremban Siow Koi Voon.

Dalam ucapan perasmian, Liow berkata parti itu perlu bekerja lebih keras jika mahu menawan semula  10 negeri  dan dua kawasan Parlimen di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga menasihati agar semua ahli MCA tidak sombong dan perlu sentiasa merendah diri. MCA seharusnya memberikan berkhidmatan kepada masyarakat dengan sepenuh hati dan secara berterusan kepada seluruh rakyat  dan mendengar suara mereka.

Saranan agar MCA terus menerus melibatkan orang muda  yang mana golongan ini mempunyai idea yang cukup diperlukan serta menerima pakai pandangan pandangan mereka yang diluahkan dilaman laman media social.

Dengan cara ini  MCA secara  sedar atau tidak telah mula mendapat kepercayaan semula dan sokongan dari pengundi  terutama dari masyarakat Cina. Ini penting untuk memastikan pada pilihanraya akan datang MCA akan terus dominan dan menjadi pilihan pengundi.

Sokongan akan bertambah baik jika kesemua ahli MCA akan terus mengembeling tenaga bersama sama dan meyakinkan rakyat bahawa MCA adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat. Pengembelingan tenaga ini mestilah dilakukan disemua peringkat akar umbi.

Sokongan rakyat dapat dilihat melalui beberapa aktiviti parti  dimana penyertaan rakyat telah diterima secara positif,  Ini merupakan satu petanda yang baik bagi MCA untuk terus  dan giat melakukan pendekatan m,elalui program untuk memujuk dan mendapatkan sokongan semula.

Diantara aktiviti yang telah dijalankan  dan telah mendapat sokongan banyak pihak ialah bantuan mangsa banjir  yang telah dilakukan oleh MCA di negeri pantai timur baru baru ini. Ternyata sokongan dari masyarakat Cina  terus meningkat dan menyokong  program yang dihulurkan oleh MCA.

Dalam pada masa yang sama juga Ketua MCA Negeri Sembilan telah mengarahkan semua bahagian yang ada dalam negeri  mengaktifkan semua puast khidmat masyarakat dan berharap akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

MCA kini bergerak seiring dengan keperluan masyarakat, bergerak dengan satu semangat yang jitu dengan memastikan pada masakan datang MCA bukan lagi sebagai sekutu yang tiada apa tetapi sekutu Barisan Nasional yang penting dalam pembangunan negara.

Image | This entry was posted in Pusat perkhidmatan MCA dibuka semula Dengan Semangat baru kepada masyarakat Seremban and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s