Kemalangan Bas Express di Tapah -SPAD Ucapan Takziah


Oleh rmf

(Bukan gambar sebenar)

Kemalangan Bas Persiaran di KM 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)- Susur Keluar Tapah – Perak

SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan penumpang yang cedera di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas persiaran yang terbalik di Tapah.

Hakikatnya ramai yang tidak mengambil berat tentang keselamatan di jalanraya. Tali pinggang keledar dianggap menyusahkan, dan hanya akan ditarik apabila ternampak kelibat anggota polis trafik di hadapan. Juga pasti di antara kita yang pernah melihat pemandu yang memegang telefon bimbit sambil memandu.

Mereka yang melakukan perkara sedemikian selalunya akan memandu tidak tentu hala, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Perbuatan sebegini hanya akan menyusahkan pemandu-pemandu lain, mereka jelas mementingkan diri serta tidak bertimbangrasa.

Ramai pemandu juga yang tidak memberi sebarang isyarat jika hendak menukar haluan samada ke kira atau kanan. Ini boleh mengejutkan pemandu lain jika tiba-tiba terdapat kereta yang masuk di lorong di depannya.

Memandu terlalu laju dan melebihi had laju yang dibenarkan juga telah lama menjadi masalah di negara ini. Yang bermotosikal pula seolah-olah tidak menghargai nyawa. Padahal motosikal adalah yang paling berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.

Kemalangan maut melibatkan bas ekspress terus menjadi igauan ngeri kepada rakyat Malaysia. Setiap kali kemalangan berlaku seperti yang terjadi di Ipoh akan ada pihak yang mengeluarkan pandangan masing-masing.Ramai yang menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Pada hakikatnya semua pihak yang terlibat patut mengaku kesalahan masing-masing. Pemandu patut menyalahkan diri sendiri kerana memandu secara cuai. Tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap 40 lebih nyawa yang tidak ternilai harganya.

Mereka seolah-olah memandu sebuah kereta sport dengan kelajuan melebihi had. Memandu laju tanpa mengira hari hujan atau kering.

Mereka juga kadangkala bertindak sebagai pembuli jalanraya terutama kepada penunggang motosikal dan kereta-kereta berkapisiti kecil yang memandu perlahan dan mengikut had laju. Anda yang menghimpit dan mengekori dalam jarak dekat tanpa mengira risiko apa yang mungkin berlaku.

Kepada pemilik bas juga sudah sampai masanya untuk mereka membuat rondaan di lebuhraya untuk memantau sikap kap pemandu-pemandu bas mereka. Tidak ada ruginya jika syarikat bas mewujudkan satu skuad pemantauan dilebuhraya untuk menjada nyawa penumpang dan bas yang bernilai jutaan ringgit sebuah.

Penguatkuasaan dan langkah langkah drastik perlu diambil untuk memastikan kemalangan jalan raya yang melibatkan bas sekolah, bas express  dapat dikurangkan . Jabatan pengankutan jalan, SPAD serta Polis DiRaja Malaysia  seharusnya  mengambil tindakan bersepadu  demi keselamatan penumpang.

Baru baru ini satu kemalangan jalan raya telah berlaku di  Tapah dan telah meyebabkan beberapa mangsa terkorban dan juga cedera.  SPAD dijangka akan mengambil satu plan tindakan yang mana akan meneliti punca kemalangan tersebut.

Segala dokumen dokumen  berkaitan dengan pengurusan dan penyelengaraan mesti diteliti  secara terperinci untuk memastikan samada kemalangan tersebut disebabkan oleh  kecuaian manusia ataupun disebabkan factor taknikal yang berkaitan penyelengaraan  kenderaan.

Selain SPAD itu, pihak akan memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dengan kerjasama agensi – agensi yang berkaitan iaitu MIROS, PDRM dan JPJ. Disamping itu, audit keselamatan akan dijalankan ke atas operasi syarikat yang terlibat dalam kemalangan ini

SPAD akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat syarikat bas  express yang  tidak mematuhi  garis panduan yang telah ditetapkan dan akan dikenakan mengikut  akta yang telah ditetapkan. Ketegasan ini  bukan untuk menekan pihak pengusaha bas express akan tetapi adalah untuk  memastikan keselamatan  sistem  pengakutan darat  adalah satu sistem pengakutan yang terjamin keselamatannya serta dipercayai oleh masyarakat umumnya.

Image | This entry was posted in Kemalangan Bas Express di Tapah -SPAD  Ucapan Takziah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s