Bas Henti Henti Perlu DiPerluaskan Keseluruh Negara mengikut Skala Demografi


Oleh rmf

Dimana mana juga samada dikampung atau pun dibandar Bandar,era bas mini , bas henti henti dikampung kampung sudah berakhir dan jika dibandar Bandar  sitem bas ini  digantikan dengan bas Intrakota dan kini RapidKL.

 Ada cadangan  bas henti henti  dihidupkan semula. Di samping bas dan teksi bermeter, Tetapi jika tidak ada perkhidmatan bas di dalam bandar, dan luar Bandar  apa akan terjadi jika sistem rel kita lumpuh dan juga sistem kehidupan yang mana Bandar Bandar yang memerlukan bas henti henti.

Impak dari ketiadaan bas henti henti akan menguwujudkan satu perkhidmatan  kereta sewa tanpa permit yang mungkin akan memberikan perkhidmatan secara haram untuk memenuhi permintaan semasa. Jika perkara ini berlaku maka siapakah yang akan dipersalahkan ?ada pengguna yang sanggup membayar harga yang mahal untuk mengambil kereta sapu atau van sapu.

Tentulah perkhidmatan pengangkutan awam darat  yang cekap pastinya akan memikirkan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.. . Di sesetengah stesen, pengguna terpaksa menggunakan teksi, kereta sewa atau kereta sapu disebabkan ketiadaan bas henti-henti.

Malangnya ada teksi yang enggan menggunakan meter malahan mengumpul sejumlah penumpang sebelum memulakan perjalanan dengan mengenakan tambang ikut ‘kepala’. Begitu juga dengan kereta sewa yang tambangnya tidak seragam dan membebankan pengguna.

Kereta sapu juga menjadi sandaran penumpang apabila tidak ada perkhidmatan kereta sewa, teksi atau bas. Penumpang tidak ada pilihan. Mereka sedar risiko menggunakan kereta sapu. Tetapi apa pilihan mereka?

Di sesetengah stesen mempunyai teksi  tetapi menggunakan kupon. Teksi bermeter jadi teksi berkupon. Malangnya kadar yang dikenakan juga membebankan berbanding jika mengikut meter. Inilah masalah yang perlu dikuatkuasakan secara berterusan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tindakan tegas perlu dilaksanakan..

Begitu juga kenapa mereka menggunakan kereta sapu. Di sesetengah kawasan, kita sepatutnya menyediakan perkhidmatan bas henti henti ini  kepada pengguna termasuk murid dan pelajar institusi pengajian tinggi. SPAD mungkin pada masa akan datang akan memperluaskan perkhidmatan Bas henti henti ini dipelusuk negara untuk merancakkan lagi  perjalanan ekonomi masyarakat terutama di luar Bandar.

Rasanya tidak ada di Malaysia, bas yang mengenakan tambang sebegitu murah. Bas mini yang tidak ada pendingin hawa dan panas membara pun mengenakan tambang RM1. Justeru, mungkin sudah tiba masanya, bas henti-henti mendapat pembelaan kerajaan sewajarnya seperti bantuan yang diumumkan baru-baru ini.

Diharapkan penstrukturan semula sistem operasi pengangkutan awam darat oleh SPAD dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Jika tidak lebih banyak syarikat bas henti-henti akan gulung tikar.

Image | This entry was posted in Bas Henti Henti Perlu DiPerluaskan Diseluruh Negara mengikut Skala Demografi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s