Sekolah Pondok Sumber Keilmuan,Sahsiah dan Kemasyarakatan.


Oleh rmf

Institusi sekolah pondok sebagaimana yang telah dijelaskan adalah merupakan sebuah institusi pendidikan Islam tradisional yang mana kewujudannya telah diwarisi sekian lama dalam masyarakat Islam di negara ini.

Kewujudannya  dapat dikatakan telah memberi sumbangan yang besar dalam membentuk identiti Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.Hal ini demikian kerana, melalui institusi pendidikan inilah ramai guru, ulama dan pemimpinmasyarakat yang terkemuka dilahirkan

Baik yang telah menumpahkan khidmatnya  pada peringkat kampong sehinggalah kepada yang dikenal peringkat nasional. Institusi sekolah pondok pada dasarnya mengamalkan sistem tradisional, Kosep tradisional ini telah menjadi symbol kepada  masyarakat islam moden pada hari ini.

Konsep sekolah pondok lebih mementingkan kaedah yang tidak membebankan pelajarnya, tetapi konsep persaudaraan diterapkan untuk menguatkan ukhwah yang dituntut tanpa ada perbezaan darjat dan status yang dimiliki semasa berada di ruang luar kehidupan.

Islam di dalam kehidupan masyarakat pondok bukan sekadar menjadi sesuatu yang hanya dipelajari, tetapi ajarannya turut membudaya dan memandu kehidupan seharian, baik kepada para pelajar ataupun masyarakat secara umum. Paling sederhana, agama Islam amat menitikberat aspek hubungan seseorang manusia dengan manusia yang lain

Dalam kehidupan pondok, konsep hormat-menghormati sebagaimana yang dituntut didalam Islam adalah sangat disemai antara para pelajar dan tok guru. Nilai inilah yang telahmenjadi pengikat antara mereka dan telah memastikan kesinambungan ilmu dapat disebarkan.

Saah satu perkara yang amat tinggi adab nya ialah bagaimana  penghargaan  diberikan kepada guru guru pondok oleh pelajarnya. Keberkatan ilmu dicapai dengan memuliskan guru. Sikap guru yang berkarisma kebiasaannya menjadi ikutan pelajar.

Hal ini demikian kerana, kelebihanyang dimiliki oleh tok guru turut diiktiraf tidak hanya dalam kalangan penghuni pondok,malahan turut diiktiraf oleh masyarakat persekitaran pondok. Budaya kepatuhan yang ditanam didalam komuniti pondok juga telah mewujudkan suasana disiplin antara pelajar dantok guru.

Nilai-nilai seperti kepatuhan dan hormat kepada guru dan pemimpin secara umum telah menjadi amalan dalam persekitaran pondok dan juga masyarakat diluar. Keberkesanan ilmu dan sahsiah yang diamalkan oleh pelajar merupakan titik tolak mencerminkan bahawa agama islam itu sentiasa relevan walaupun dimana juga kelompok yang mengamalkan.

Institusi pondok  didalam negara ini bertahan lama , ini adalah disebabkan semangat persaudaraan yang erat diantara pelajar dan masyarakat setempat. Jika satu ketika dahulu, Kehidupan yang sederhana  di sekolah pondok dengan fasilitinya yang kurang dan umumnya tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak kerajaanmenyebabkan para pelajar serta guru perlu berusaha, lebih daripada sekadar belajar.

Tetapi kini, sekolah pondok bukan lagi seperti dulu yang mana  tersepit diantara menuntut ilmu dan keberlansungan hidup, Sekarang kerajaan telah menyediakan bantuan dan peruntukan untuk mereka yang belajar disana.

Rahman (1975)menjelaskan, sistem yang terdapat di kawasan pondok yang manakedudukan pondok, masjid dan rumah tok guru yang berdekatan antara satu sama lain adalah sangat baik untuk mengwujudkan sosio social yang unik dan tersendiri.

Amalan begini berterusan sehingga sekarang bagi mengwujudkan perpaduan, kerjasama serta  disamping mengeratkan sifat muhibah diantara pelajar dan guru mereka. Sikap dan amalan ini akan dibawa bersama setelah mereka menamatkan pengajian dan akan bersama dengan masyrakat dengan nilai nilai yang terbaik untuk diserapkan kedalam kehidupan.

Keadaan ini yang diamalkansekian lama secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan simbiosis atau hubungan saling memerlukan antara masyarakat sekitar dengan sekolah pondok.Kedudukan sekolah pondok di kebanyakan tempat di negara ini misalnya pondok Ad-Diniah Al-Bakriah di daerah Pasir Tumboh atau pondok Rahmaniah (pondok Lubuk Tapah diPasir Mas, Kelantan yang dibina ditengah-tengah persekitaran masyarakat turut memberi kesan besar kepada nilai persaudaraan antara institusi pondok dan masyarakat.

Masjid yang dibina di dalam sekolah pondok tidak hanya memberi manfaat kepada kelompok pondok sahaja, malah turut memberi manfat kepada masyarakat sekitar. Fungsi saling memerlukan dapat dilihat ketika masjid tadi digunakan oleh masyarakat luar untuk menunaikan solat secara berjemaah lebih-lebih lagi ketika solat Jumaat.

Masjid juga digunakan bukan sahajauntuk menunaikan solat secara berjemaah, tetapi turut digunakan oleh masyarakat sekitar mempelajari ilmu agama secara sambilan.

Justeru iti peranan  kewujudan sekolah pondok bukan sahaja bermatlamat dalam bidang keilmuan sahaja , Namun ianya lebih menjurus kepada satu corak kehidupan yang di sarankan oleh agama islam dalam membentuk satu kelompok masyrakat yang penyayang sebagaimana yang diwar warkan oleh kerajaan.

Image | This entry was posted in Sekolah Pondok Sumber Keilmuan Sahsiah dan Kemasyarakatan. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s