MCA Dengan Semangat Perjuangan Baru Untuk Malaysia


Oleh rmf

Sepanjang sejarah politik MCA  bersama perikatan dan sekarang  perikatan ditukarkan kepada penjenamaan yang baru iaitu Barisan Nasional. Banyak sumbangan  dalam bentuk  kemasyarakatan dan mengambil  peluang dalam pembangunann  negara telah ditunjukkan sepenuhnya.

MCA bergerak seiring dengan perlembagaan Malaysia mendokong bersama negara yang berdaulat sebagai sebuah negara yang dicintai  dengan berdsandarkan “ Dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung” telah kukuh dalam agenda membangunkan negara.

Acap kali MCA telah dikejutkan dengan tohmahan tohmahan yang sedikit mencabar kewibawaan mereka sebagai sebuah parti yang  di dominasikan oleh sebahagian besar masyarakay cina dalam negara ini.

Tohmahan yang kadang kala itu telah menjadikan MCA lebih matang dalam menerjah arus politik yang mana semakin hari semakin mencabar kedudukannya sebagai sebuah pari yang bersekutu dengan Barisan Nasional.

Rata rata tohmahan tersebut datangnya dari masyarakat cina yang  mengadu domba keakraban  MCA dengan  sekutunya Barisana Nasional.  Chauvanis sering kalai menuding jari mengatakan bahawa MCA adalah diantara  parti yang tidak membela masyarakat cina dalam negara ini.

Secara realitinya sejaka sebelum merdeka lagi MCA telah mula bergerak  seiring dengan persekutuan  dan membina jaringan kemajuan bangsa cina . Cuma yang menjadi masalah kepada MCA ialah bilamana  chauvanis yang rata rata bersifat rasis cuba  menafikan setiap kemajuan yang telah dicapai diatas usaha gigih MCA terhadap masyarakat.

Penentangan terhadap MCA dilakukan secara terangan oleh chauvanis , ini telah menyebabkan banyak pihak  dikalangan masyarakat cina  mula tidak memberikan sokongan terhadap MCA, hasilnya pada PRU 13 yang lalu sokongan masyrakay cina terhadap  BN merosot sama sekali,

Justeru itu, atas kesedaran itu, MCA telah mengambil langkah langkah drastic untuk mengembalikan sokongan  masyarakat cina dengan  mempertingkatkan usaha gigih  diperingkat akar umbi  dan menerangkan dasar dasar kerajaan yang sedia ada .

Baru baru ini dengan semangat baru dan kejituaan setiakawan bersama Barisan Nasional , MCA telah mengembeling tenaga dengan memberikan bantuan  yang cukup banyak dalam bencana banjir  dan  membantu masyarakat tanpa mengira ras dan kaum

 Perubahan ketara dan langkah proaktif ini telah dilihat sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan yang sedia ada  untuk terus membangunkan masyarakat dan negara .

Rakyat kini sedang melihat perubahan yang sedang berlaku didalam MCA, perubahan yang menjurus kepada satau pelan tindakan jangka panjang bersama untuk menghadapi PRU14 yang mana kan  menentukan nasib negara ini jika komponen barisan nasional tidak beruasaha untuk mempertahankannya.

MCA kini telah menyahut cabaran yang telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam mel;akukan perubahan tindakan dengan lebih banyak bersama masyrakat cina dalam apa juga keadaan.

Cabaran ini bukan satu tekanan bagi MCA , malahan ianya lebih kepada saranan dan semangat setiakawan yang telah lama terjalin diantara BN dan MCA, teguran  oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai teguran saorang  sahabat yang ingin melihat sahabatnya  dalam keadaan yang terbaik sepanjang masa.

Begitulah keakraban MCA dan Barisan Nasional yang telah menjadi “duri dalam daging” bagi sesetengah pihak yang melihatnya.

Kini MCA dengan semangat baru, harapan baru melangkah  megah dalam menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. Kini Mereka sanggup menghadapi apajuga kemelut dan rintangan bagi memastikan kedaulatan negara ini terbela denagan ikatan Setiakawan yang tidak boleh dileraikan dengan apa cara sekali pun.

Image | This entry was posted in MCA Dengan Semangat Perjuangan Baru Untuk Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s