MCA Lakukan Ledakan Transfomasi Berganda


Oleh rmf

Ledakan dari pemikirasn yang jitu sekarang MCA telah berani melontarkan pandangan dan  terus komited dalam memberikan komitmen terhadap  kerja sama bersama Barisan Nasional   dengan semangat setiakawan yang telah diikat sejak merdeka lagi.

Perubahan drastik yang dilakukan oleh kepimpinan MCA dalam memberikan ruang dan peluang  golongan muda untuk menerajui organisasi tersebut  dipandang sebagai transfomasi organisasi yang dianggap terbaik.

Bukan itu sahaja, cadangan MCA untuk mengetengahkan golongan muda dalam  pilihanraya akan datang dilihat  satu pendekatan yang terbaik untuk  memastikan kepimpinan masa akan datang telah tersedia untuk mewarisi  kepimpinan.

Matlamat untuk mendekati pengundi muda dalam pilihanraya akan datang telah menjadi satu agenda yang terpenting.  Dalam  pertahankan perlembagaan dan kedaulatan negara.  Perkara yang lebih mustahak, perjuangan dan hala tujunya. Matlamat  utama adalah integrasi antara kaum itu yang perlu diberi penekanan.

Mendekati golongan muda dan memahami kehendak golongan ini adalah amat penting sekali,  Dalam kaedah yang lain MCA telah lama bergerak sebagai badan social yang mana membantu banyak golongan tidak kira ras dan warna kulit.

Konsep ini penting bagi memastikan keharmonian diantara kaum tidak tercalar dengan fahaman politik yang singkat. Melihat dalam jarak jauh penglihatan jika MCA melihat ianya sebagai politik semata mata maka  ianyakan tidak akan berkembang sebagai badan  yang boleh memberikan khidmat kepada masyarakat.

Ini dilihat sebagai satu kegagalan untuk memberikan perkhidmatan secara menyeluruh. Bagi MCA sudah  tiba masanya MCA kembali kepada teras dalam parti, iaitu objektif parti dan jangan lagi sesat jalan.

Selama ini MCA mungkin ada sejarah tertentu, sudah waktunya MCA sama dengan sebahagian daripada komponen BN terlalu terlibat dengan politik perkauman. Ini bukanlah sesuatu yang baik. Kesilapan ini mesti dibetulkan sebelum ianya menjadi lebih parah lagi dan akan  menyebabkan  sokongan terhadap parti  akan berkurangan.

 Justeru itu satu langkah yang darstik perlu dikaji dan diambil ,MCA mesti  berubah. Jika masih guna pakai politik sama, tidak akan mendapat sokongan kepada pengundi, khasnya pengundi Cina.

Semestinya satu  pelan tindakan untuk membawa MCA keluar dari kesusahan semasa.dan membuang lebel yang diberikan dulu kepada sebuah parti yang berdaya saing dan dinamik  kepada semua kaum.

Sebagai parti komponen, Barisan Nasional dan komponen lain  perlu berubah. Berganding bahu menjalankan matlamat untuk rakyat. Kalau tidak, bukan sahaja MCA,  MIC dan gerakan tidak  tidak nampak relevan  dan berpengaruh, Akhirnya apa yang diharapkan tidak akan tercapai.

Image | This entry was posted in MCA Lakukan Ledakan Transfomasi Berganda and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s