MCA Setiakawan Yang Terunggul


oleh rmf

Menjadi sikap dan sifat pembangkang dalam negara ini tidak mahu menerima sejarah yang telah terpahat lama di pentas sejarah silam. Mereka beranggapan sesuatu yang tiada berkepentingan dalam politik mereka itu adalah sesuatu yang  direka cipta.

Ini lah golongan yang mana  mahu menghapuskan sejarah yang terbina, Pada tahun 1954, MCA telah bersetuju untuk menyertai  dan membentuk Parti Perikatan dan pada masa yang sama disusuli dengan kemasukan MIC juga. Penerimaan perikatan  amat mengejutkan banyak pihak diseluruh Malaya.

Kerjasama kaum ini ternyata membuahkan hasil setelah Perikatan memenangi Pilihanraya yang besar  dalam tahum 1955 dengan memenangi 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan. Sejak itu semangat setiakawan yang terjalin telah membuahkan hasil keharmonian yang utuh sehingga ianya mencapai  perpaduan kaum  tanpa rasa curiga diantara satu kaum yang lain.

Sekarang kekutan kerja sama yang telah dilontarkan oleh MCA , MIC didalam  perikatan telah menjadi duri dalam daging pihak pembangkang, Hasutan untuk membenci MCA didalam Barisan Nasional dilancarkan untuk memecah belahkan setia kawan yang telah lama terjalin, Namun segala usaha yang dilakukan tidak sesekali menjelaskan hubungan keakraban yang terjalin.

Disatu masa yang sama MCA terus bergandingan tangan bersama Barisan Nasional untuk memajukan negara ini. Benar kata orang “sedangkan lidah lagi tergigit”  , Berlainan pandangan dan pendapat itu adakalanya perlu untuk memberikan  kekuatan kesatuan perpaduan disamping ianya menghidupkan sistem demokrasi yang diamalkan.

MCA dalam  meamainkan peranan yang penting  telah banyak meyumbang dalam pembangunan negara. Dasar-dasar dan pendekatan UMNO 2008 adalah sama dengan UMNO 1957-2007, MCA 2008 pun sama dengan MCA 1957-2007, dan MIC 2004 juga tidak ada bezanya dengan MIC 1957-2007. Malah di dalam tempoh 1957-2007, BN telah berjaya mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara kerdil yang mundur menjadi sebuah negara kuasa ekonomi dunia, sehingga layak menduduki TOP 20 ekonomi terbesar dunia.

Sokongan setiakawan yang diamalkan oleh MCA telah bergandingan dengan Barisan Nasional  telah menempa mercu jaya yang  belum pernah dilakukan oleh mana mana negara dalam dunia. Ini lah kunci kesepakatan yang cukup jitu.

Pemimpin yang menerajui MCA sekarang amat faham bahawa MCA telah ditubuhkan berasaskan falsafah perjuangan yang berbeza dengan DAP. MCA adalah di antara pengasas perjanjian KONTRAK SOSIAL, sedangkan DAP hanya berminat untuk meruntuhkannya. MCA dan UMNO adalah parti-parti utama yang telah mengasaskan Perikatan dan BN. Pemimpin-pemimpin MCA lebih menghormati sejarah negara kita, serta asas-asas kerjasama antara MCA dan UMNO, kaum Cina dan kaum Melayu.

Sebelum 2008, hanya pemimpin-pemimpin DAP yang terdiri dari kaum Cina, khususnya penasihatnya Lim Kit Siang, dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng, yang lantang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’, yang pada hakikatnya bermaksud ‘Penghapusan Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’.

Ramai yang tidak sedar tentang hal ini, kekuatan  dalaman yang ada didalam MCA dengan sendirinya dapat mengukuhkan prestasi  parti tersebut walaupun digoyah banyak pihak. Pembangkang tetap juga berusaha untuk meruntuhkannya.

Kejayan terbesar MCA ialah dalam memberikan bantuan banjir yang  tidak memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.  Semua dilayan tanpa memikirkan perbezaan politik dan  ras. Ini lah kematangan  MCA dalam menerajui  kehidupan konsep berbilang bangsa.

Ini tidak pernah diamalkan oleh mana mana pihak yang berada didalam pakatan. MCA satu komponen politik matang kini sedang  bergerak ke satu  penanda aras yang cukup baik dalam memenangi jiwa kepercayaan semua kaum   dalam komposisi Barisan Nasional yang mana perpaduan itu kunci kepada keamanan negara dan hidup saling bantu membantu  serta mengekalkan keamanan di bumi yang bertuah ini.

Image | This entry was posted in MCA Setiakawan  Yang Terunggul and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s