Wasatiyah Acuan Islam Semulajadi


Oleh rmf

Di antara ulama yang membawa dan mengajak kepada pendekatan Wasyatiyah Islamiyah ialah  Hasan Al- Banna. Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin  di Mesir yang berada di pertengahan  dan berimbang dengan golongan ekstrem yang inginkan kebebasan dan perubahan disamping sikap jumud dan tidak mahu kepada perubahan.

Sebagaimana Malaysia sekarang kepimpinan negara sedang menghadapai gelombang kumpulan yang inginkan peruibahan, golongan jumud dan golongan yang tidak dapat menggunakan akal  fikiran.  Dalam hal ini tekanan yang diberikan juga oleh golongan barat  dengan  mempengaruhi sikap tiada keburukan dan kebaikan  dalam kehidupan.

Sebenarnya mengamalkan pendekatan Wasatiyah di Malaysia khususnya telah lama diamalkan oleh umat Islam di rantau ini. Cuma pendekatan tersebut sebelum ini tidak pernah dicanangkan sebagai satu garispanduan pemerintahan negara dan dilakukan secara senyap mengikut lunas lunas Islam.

Pendekatan Islam yang dibawa  ole pemimpin adalah menggunakan  cara cara tersendiri, ada cara untuk memertabatkan Islam walaupun setenga daripadanya dikecam teruk oleh pihak haluan yang tidak inginkan Islam dimertabatkan.

Salah satu cara yang telah lama diamalkan ialah mendaulatkan Islam melalui peruntukan perlembagaan yang mana dilindungi sebagai Islam Agama Rasmi dah tidak boleh dipertikaikan. Bagi sesetengah pihak  ini merupakan satu keadaan dislriminasi agama yang perlu dihapuskan.

Walau bagaimana pun keadaan tersebut sikap toleransi yang diamalkan sebelum ini membenarkan agama agama lain diamalkan tanpa sekatan dan aman di mana mana bahagian perlembagaan Malaysia.

Dalam hal tersebut pendekatan Wasatiyah  yang diamalkan tidak pernah mengenepikan hak hak kaum lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Didalam mengurus hubungan baik  diantara kaum dan agama di Malaysia, sejak merdeka lagi kerajaan telah mengamalkan dasar intergrasi  berbanding  asimilasi yang akan banyak menjurus kepada ketidak puasan diantara kaum.

 Sebenarnya pendekatan Wasatiyah bukan lah sesuatu yang baru diamalkan di Malaysia . Ianya telah diamalkan sejak merdeka lagi,  Malaysia yang bertaraf negara Islam demokratik yang telah muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang berpendapatan sederhana  tinggi telah menolak tanggapan barat bahawa Malaysia kononnya sebuah negara yang tidak demokratik, bersifar autokratik, dikatakan gagal menguruskna negara  walaupun mempunyai sumber asli yang banyak.  Itulah pandangan barat terhadap  negaraorang lain.

Sesungguhnyakesederhanaan itu berimbang dengan apa yang dilakukan  dan diutarakan bukan kesederhanaan yang  ditafsir oleh pihak luar bagi mencengkam kuku dalam dasar menghuru harakan.

Sebaliknya Wasatiyah dalam pengertian Malaysia adalah Wasatiyah yang didik oleh Rasulullah melaui sirah sirahnya, diantaranya Piagam Madinah serta kesederhanaan berimbang para  Sahabat, Tabiin Ulama ulama yang muktabar.

Image | This entry was posted in Wasatiyah Acuan Islam Semulajadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s