SPAD :Teksi Sebagai Duta Perlancongan Negara


Oleh rmf

Perkhidmatan bas telah lama menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Perkhidmatan bas semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan lalulintas bersama-sama ribuan kenderaan lain.

Dalam hal yang demikian,  pengguna telah banyak membuat pilihan untuk menggunakan perkhidmatan awam termasuklah penggunaan teksi dalam wilayah. Penggunaan ini  tertakluk kepada permintaan darpada pelanggan.

Peningkatan kesesakan dan masa bekerja akan menyebabkan pemandu mencuba mengelakkan penggunaan meter bagi perkiraan tambang dan sebaliknya mengamalkan tawar menawar dalam usaha untuk mengurangkan masa yang dihabiskan di dalam kesesakan trafik dan dengan tidak secara langsung akan melakukan penipuan terhadap pengguna.

Hasilnya akan meningkatkan kesesakan dan persaingan berlebihan di waktu bukan puncak yang mana akan mengakibatkan kemerosotan kualiti kerana pemandu dan pengusaha cuba mengurangkan kos penyelenggaraan, tidak menggunakan meter atau bekerja lebih masa dalam usaha untuk mengekalkan tahap pendapatan.

SPAD melalui penguatkuasaan yang ada  seharusnya memantau sebilangan teksi yang  cuba melakukan penipuan kepada pengguna dengan sistem tawar menawar yang mana nyata menyalahi undang undang  yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemandu yang sedemikain seharusnnya  diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Impak daripada perbuatan ini , ianya memberikan kesan yang amat panjang terhadap perlancongan negara dan juga kepercayaan pengguna terhadap sistem pengangkutan awam terutama teksi dalam negara ini.

Teksi mempunyai peranan spesifik di dalam sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Mereka boleh menyediakan perkhidmatan dalam situasi di mana pengangkutan awam biasa tidak dapat diperolehi, contohnya di kawasan luar atau luar dari waktu operasi biasa seperti  tengah malam. Adalah penting bagi teksi untuk dilihat sebagai pelengkap dan memperkasakan pengangkutan awam dan bukan sebagai pesaing kepada pengangkutan awam yang terbaik.

Adalah jelas teksi perlu memberi perkhidmatan kepada pasaran yang berbeza. Akan ada keperluan untuk mengekalkan kos perkhidmatan yang rendah bagi mencapai aksesibiliti tempatan dan keperluan transit khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah yang tiada akses kepada  kenderaan persendirian

Untuk mencapai taraf yang sedemikian SPAD seharusnya memainkan peranan yang cukup baik didalam memastikan perkhidmatan teksi didalam negara ini sehebat  Bandaraya New York yang mana  memberikan perkhimatan yang cukup baik kepada pelancong dalam dan luar negara. Ia akan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan professional di dalam wilayah yang menawarkan pilihan sebenar kepada pengguna dan menjadi jenama yang diakui di peringkat antarabangsa dari segi tahap perkhidmatan dan kualiti.

Tidak dapat dinafikan lagi pengangkutan awan adalah  merupakan salah satau sistem yang akan memberikan impak yang berkesan didalam penyebaran maklumat  perlancongan dalam negara ini.  Perkhidmatan teksi yang terbaik adalah bermula dengan  cara pemandu  mempromosikan negara ini kepada para pelancong,

Selaras dengan itu, di dalam pengangkutan awam, adalah penting bagi pemandu dilatih dan dilengkapi untuk memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh orang awam dan juga pelancong . Isu semasa yang dikenal pasti bagi pemandu teksi adalah ketiadaan latihan atau latihan yang minimal dan akibatnya terdapat kualiti perkhidmatan yang berbeza, tidak konsisten dan dilihat sebagai pekerjaan yang tidak menarik yang seterusnya mengurangkan lagi kualiti perkhidmatan

Image | This entry was posted in Teksi Sebagai Duta Perlancongan Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s