FELDA bukan Sekadar Cerita Peneroka tetapi Lambang Transfomasi Orang Melayu


Oleh rmf

20141221_011938

Bila kita kenangkan kembali bagaimana tulang empat kerat  bergelumang keringat membakar hutan belantara untuk mengubah satu adat budaya yang mengharap belas kasihan dan  budaya “cukap mana yang ada” dikalangan orang Melayu.

Budaya yang sudah cukup sebati dengan apa yang ada kini telah melonjakkan kepada satu perubahan yang dirancang oleh kerajaan untuk kemajuan orang orang Melayu khusus nya yang berada ditahap kemiskinan  pada zaman itu.

Jesteru itu FELDA bukan sekadar pembangunan social , malah  ianya melambangkan perjalanan transformasi  minda untuk berdaya saing didalam bidang yang diceburinya  bagi mengubah persepsi  yang mengatakan bahawa orang Melayu tidak mampu melakukan  apa juga bidang yang berimpak tinggi.

Kumpulan Felda berkembang dengan jayanya, dari sebuah agensi yang ditubuhkan untuk mengubah nasib orang Melayu kini FELDA telah mengorak jauh kehadapan dan bersifat global didalam mengembangkan perniagaannya.

Dengan kejayaan ini, maka banyak tangan tangan dan mata asing yang tidak betah dengan kejayaan FELDA, kejayaan ini menjadi seakan duri dalam daging bagi pihak yang mempunyai sifat dan sikap rasis terhadap kejayaan orang orang Melayu.

Usaha untuk menjatuhkan FELDA dibuat dengan pelbagai cara. Namun kekukuhan asas yang dimilikinya telah membuat FELDA diantara yang tersohor didunia didalam pengeluaran  minyak sawit mentah yang terbesar didunia. Kejayaan ini telah mengwujudkan kumpulan FGV dimana mempunyai kepentingan  di dalam hampir 100 buah syarikat termasuk MSM Malaysia Holding Berhad.

1fc31-rumahpeneroka

Ini adalah perkembangan kejayaan yang semakin hari semakin bertunas segar, Kumpulan FGV bukan sahaja berkembang didalam bidang pertanian malahan ianya telah mengorak langkah kepada bidang hartanah yang cukup menguntungkan, malahan itu bukan satu matlamat sahaja, FGV juga telah mengembangkan sayap perniagaan sehingga menerokai bidangbioteknologi, logistik dan keperluan pengguna.

Dalam ertikata lain FELDA merupakan syrikat kepunyaan mutlak orang melayu telah berkembang giat bagi memastikan kejayaan demi kejayaan dikembanggiatkan untuk memastikan banayk bidang  baru yang bakal diterokai.

Dasar dan matlamat penubuhan FELDA iaitu menjadi pemangkin kepada membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu. Pencapaian  hasrat ini telah dilihat  dengan asset asset yang dimiliki oleh sebahagian besar peneroka sekarang. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kerajaa sentiasa melihat kehadapan  dan bergerak secara kajian melalui kelemahan untuk mamastikan generasi FELDA terbela dimasa akan datang.

Justeru itu,  segala apa juga  halangan untuk mengembangkan FELDA sebagai asset tulen yang dipunyai oleh orang Melayu seharusnya di tentang. FELDA telah melalui pelbagai transfomasi untuk berada ditempat sekarang. Transfomasi awalan bermula dengan darah dan air mata tidak perlu dilupakan. Pengasas FELDA  dan anak anak generasi FELDA seharusnya berbangga dengan pencapaian yang ada sekarang.  Akhirnya jangan dirobohkan dengan apa yang telah terbina , tetapi kukuhkan agar FELDA terus megah sebagai lambing transfomasi orang Melayu.

Image | This entry was posted in FELDA bukan Sekadar Cerita Peneroka tetapi Lambang Transfomasi Orang Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s