Ucapan Datuk Mashitah -Tersurat dan Tersirat  Dalam Isu Al-Quran dan Kaitan ISIS


Oleh rmf

Sebagaimana yang menjadi kebimbangan Datuk Mashitah  didalam ucapan beliau di Persidangan Agong UMNO baru baru ini mengenai ancaman berbentuk global   bukan sahaja dalam bentuk keganasan agama tetapi ancaman yang yang berbentuk penyamaran  dan pengiktirafan individu yang  bertopengkan agama  dan menggunakan Al-Quran sebagai dorongan sokongan.

Individu yang bertopengkan agama ini dipanggil ustazah dan istaz  dan menyampaikan ceramah cermah yang tidak diktiraf , Cara demikian dengan tidak secara langsung  akan mengancam aqidah umat Islam jika  intipati ceramah tersebut tidak mengikut lunas lunas yang dibenarkan. Jangkaan hal ini boleh dilihat  didalam perkembangan politik semasa dimana ayat Al- Quran dimainkan dan diubah maknanya untuk menjerat mereka yang cetek dalam  bab agama.

IS juga mengeksploitasi ayat al-Quran dan hadis mengenai peristiwa akhir zaman itu untuk menarik sokongan umat Islam dari seluruh dunia namun hakikatnya, apa yang berlaku di Syria adalah peperangan sesama Islam serta merupakan pertembungan politik dan konflik sektarian. Ini sekaligus membuktikan dakyah IS tidak selari dengan tuntutan Islam.

Kecekapan  Polis DiRaja Malaysia dalam mencari maklumat  bagi memastikan negara ini terhindar daripada ancaman dalam dan luar negara termasuk militant adalah satu  usaha yang amat terbaik  dan strategic.

Dalam dunia penuh cabaran adan  ancaman dari pelbagai pertubuhan dan militant, tugas pihak berkuasa  semakin hari semakin berat. Kerjasama dari pelbbagai pihak amat diharapkan  untuk memudahkan pihak  keselamatan dan mana mana agensi  mendapat maklumat seterusnya tindakan diambil.

Perkembangan teknologi yang amat canggih sekarang adalah merupakan fakltor yang meyukarkan p[ihak keselamatan terutama Polis DiRaja Malaysia mengesan  kegiatan yang dilancarkan dari kepelbagaian cara.

Baru baru ini Polis DiRaja Malaysia telah  Berjaya menahan seorang bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kuantan, ditahan semalam, dipercayai merancang untuk membuka laluan baharu kepada rakyat negara ini menyertai kumpulan militan digelar IS di Syria.

Menurut Ketua Polis Negara suspek tersebut telah ditahan di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Suspek  yang dikenalpasti berasal dari  Terengganu merancang untuk membuka laluan baharu bagi rakyat negara ini ke Syria dengan menjadikan Brunei sebagai transit.

Datuk Mashitah merupakan Ahli Parlimen Baling  dalam kenyataannya menjawab beberpa kecaman tetap dengan pendirian  bahawa isu  gerakan yang mengancam agama Islam semestinya dibenteras dan  diambil tindakan kepada yang terlibat. Perkara ini tidak boleh di biarkan sama sekali. Menurut beliau kecenderungan untuk mencari jalan singkat dan mendapat ganjaran yang  tertinggi dari Allah telah menyebabkan  penyalahan  menggunakan hadis dan Al- Quran untuk menghalalkan segala perbuatan.

Ancaman IS adalah berbentuk global dan bukan hanya Malaysia yang mula memperkenalkan undang-undang antikeganasan baharu . Australia umpamanya telah memperkenalkan RUU antikeganasan pada bulan September lepas, khusus untuk memberi lebih kuasa kepada agensi keselamatan ketika berhadapan dengan ancaman IS .

Dalam hal tersebut. kebimbangan ini lah yang diluhakan oleh Datuk Mashitah dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia , bukan hanya isu membakar Al-Quran malah penggunaan ayat ayat Al-Quran  oleh bukan Islam sebagai modal politik untuk menarik sokongan.

Ini merupakan salah satu  gerakan yang terselindung  dan amat merbahaya sebagai mana gerakan IS yang telah mula menapak di Malaysia.  Tindakan kerajaan Malaysia  dalam usaha membenteras gerakan dan kegiatkan ini seharusnya dipertingkatkan dengan  menyeluruh.

Ancaman agama ini bukan terjadi di Malaysia sahaja, namun ianya  sedang berlaku diseluruh dunia dimana hampir semua negara Islam  sedang menghadapi asakan asakan dari bukan Islam untuk menghancurkan aqidah  dengan fahaman fahaman baru termasuk gerakan ISIS.

Tindakan Kerajaan menggunakan strategi pembentangan Kertas Putih kerana tidak mampu untuk menunggu sehingga keganasan meletus baharu hendak diperkenalkan RUU antikeganasan kerana konsep asas berhadapan ancaman IS adalah pencegahan iaitu proaktif dan bukannya reaktif.

Ternyata apa yang terkandung dalam Kertas Putih bukan retorik semata-mata tetapi berlandaskan fakta walaupun aktiviti keganasan secara nyata belum lagi tersetus di dalam negara. –

Image | This entry was posted in Tersurat dan Tersirat  Dalam Isu Al-Quran dan Kaitan ISIS and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s