Komitmen Kerajaan Terhadap Institusi Pondok Di Malaysia


Oleh rmf

Institusi Sekolah Pondok telah mula mendapat perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM50juta  oleh  Perdana menteri serta disokong kuat oleh  timbalan Perdana Menteri dalam usaha untuk memertabatkan pengajian pondok diseluruh negara.

Sebagaimana  biasa, setiap pemberian dan bajet yang diluluskan oleh kerajaan mahu pun  dibawah pembagunan agama Islam maka  pihak pembangkang dengan bongkaknya akan mengatakan bahawa setiap sen yang disalurkan itu adalah hanya umpan untuk mengambil hati sebelum pilihanraya.

Jika semua ini dianggap begitu, sampai bilakah institusi  yang berteraskan agama Islam dakan dapat dimartabatkan didalam sebuah negara yang  diketuai oleh pemimpin beragama islam. Sikap yang sedemikian adalah satu sikap yang amat memalukan bila ianya datang dari pemimpin pembangkang yang beragama Islam sendiri.

Dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM50juta  melalui bajet 2014, maka peruntukan tersebut akan dapat di agihkan untuk  Sekolah  Sekolah Pondok  untuk meningkatkan lagi  pasarana serta sistem pendidikan agar  penuntut serta tenaga pengajar akan dapat mencurahkan ilmu kepada pelajar dengan lebih selesa lagi.

Sebelum ini sekolah sekola pondok dan tahfiz seakan terbiar dan tidak dipedulikan oleh mana mana pihak untuk menaikkan lagi persekitaran serta pembelajaran  sehingga tertubuhnya  Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia bagi mencari dana dan memastikan segala kemudahan dan kelengkapan tersedia.

Sesungguhnya bagi pihak Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia  dan  kerajaan akan terus  meneruskan peruntukan dan bantuan sehinggalah dapat mencapai matlamat yang sebenar agar umat Islam mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta dapat pula menyebarkan Islam baik di dalam mahupun di luar negara

Adalah  menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bila mana  sekarang Instutusi Pondok diseluruh negara telah mendapat pembelaan yang sewajarnya bagi menghasilkan budaya pembelajaran yang lebih teratur serta bakal menghasilkan kumpulan cerdikiawan agama yang akan memberikan pendekatan penyebaran  agama ke segenap pelusuk negara nanti.

Dengan demikian, segala peruntukan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan hari ini membuktikan bahawa pimpinan kerajaan yang diketuai oleh umat Islam telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk perkembangan Islam di negara ini. Perli diingatkan lagi bahawa unt6uk mendapat hasil yang baik itu bukannya datang secara bergolek , namun ianya adalah hasil tindakan bersepadu kerajaan dengan kerjasama semua pihak.

Justeru itu, jika ada mana mana pihak yang cuba menjadi duri dalam daging  dan menghasut pihak lain agar menghentikan perbuatan tersebut kerana tidakan seperti itu adalah bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam dalam negara ini. Seharusnya kerja sama sesame Islam  dipupuk dalam usaha  bersama kerajaan untuk memertabatkan Institusi Sekolah Pondok  agar  Malaysia  menjadi hub penghasilan cerdikiawan yang hebat di nusantara.

Image | This entry was posted in Komitmen Kerajaan Terhadap Institusi Pondok Di Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s