FELDA Bukan Lahir Dari Dulang Emas


Oleh rmf

FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[2] Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 .

Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.

Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah.  Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.

FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawakyang membentuk Malaysia Timur.

Peserta rancangan Felda digelar Peneroka Felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar Bandar.  Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.  Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 meter persegi) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.

Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampong terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Kejayaan kejayaan anak nak Melayu didalam kepelbagaian bidang  dan agensi kerajaan acap kali dinafikan oleh “musuh-musuh”  yang berselindung atas nama warganegara di Malaysia. Mereka ini seringkali menhasut rakyat agar tidak mempercayai apa juga  kejayaan yang telah sedang dikecapi.

Tidak ketinggalan  dalam hal ini, FELDA juga menjadi mangsa fitnah yang dilemparkan untuk menghasut rakyat agar  menentang kerajaan dalam isu isu fitnah yang dilemparkan tanpa fakta yang kukuh. Mana tidak nya  pembangkang hanya nampak kejayaan sahaja dan bukan melihat tindakan sebelum kejayaan dihasilkan.

Fitnah keatas FELDA bermula bila mana kejatuhan  aliran tunai berlaku dengan pembelian asset.  Perkara ini telah meyebabkan pihak pembangkang membuat satu isu yang boleh dikatakan bertujuan menghasut peneroka agar mengambil tindakan ketas FELDA.

Pembelian asset hartanah diluar negara telah mendapat liputan yang cukup hebat dari pihak pembangkang dengan pelbagai fitnah dilemparkan terhadap FELDA terutama golongan Kiasu. Bagi mereka FELDA hanya layak untuk menerokai bidang pertanian semata mata  dan bukan bidang hartanah. Ini lah sikap hasad dengki yang ditunjukkan oleh bangsa kiasu dan juga talibarut mereka dikalangan oramg Melayu pembangkang.

Penjelasan yang telah dibuat oleh  Datuk Ahmad Maslan mengenai  status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009 kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan.

Pecahan daripada itu , RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda. Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion. Semuanya ini telah dijelaskan secara terperinci. Namun ianya tidak mendatangkan  kesan dan kebanyakan  dari pihak pembangkang terus menerus fitnah terhadap FELDA.

Kesan daripada itu,  pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Desakan ini juga disuarakan oleh penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Bukan setakat itu sahaka, Suara Keadilan Rakyat  bertarikh  22 hingga 29 Jun telah memfitnah FELDA dengan mengatakan  penyiaran artikel “Felda bankrap” oleh akhbar berkenaan. Tindakan daripada itu Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari .

Pembangkang  sejauh mana sekali pun tidak akan mahu melihat kejayaan yang dilakukan oleh bangsa Melayu, Namun mereka cukup berbangga dengan kejayaan yang dinikmati oleh bangsa Kiasu  tanpa mempedulikan sejauhmana hasil kejayaan tersebut memusnahkan Melayu sendiri.

Mereka lupa bahawa untuk melahirkan satu generasi FELDA, keringat , darah dan air mata terpaksa di taburkan diatas bumi Malaysia bagi memastikan generasi  yang mula meneroka hutan  belantara  dengan kudrat  empat kerat dengan harapan akan dapat mengubah corak kehidupan yang miskin kepada kehidupan yang sempurna. Niat yang murni kerajaan sebelum ini kini telah menampakkan hasil yang cukup baik dikalangan orang Melayu

Kejayaan FELDA bukan sehari, Tetapi pihak pembangkang hanya melihat  tabungan hasil curahan nikmat yang kini terbentang di depan mata untuk merompak segalanya. Fitnah adalah senjata yang paling ampuh sekali kerana mereka tahu bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah dihasut . Pembangkang hanya melihat nikmat, bukan mengenang bagaimana ianya dilahirkan.

 Hari ini Felda mempunyai jumlah keseluruhan 317 buah tanah rancangan dengan keluasan 853,313 hektar tanah rancangan yang telah diusahakan dengan jumlah peneroka seramai 43,123 (dengan jumlah isi rumah seramai 112,635 orang).  dari jumlah 317 tanah Felda, 115 adalah dalam negeri Pahang.

Felda juga mempunyai 42 buah anak syarikat yang mengendalikan pelbagai jenis perniagaan yang meliputi perladangan, perdagangan, perkilangan, produk hiliran dan perkhidmatan.  Kesemua syarikat ini adalah di bawah Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang ditubuhkan dalam tahun 2009.

FGVH ditubuhkan pada 2009 ialah syarikat perniagaHarian global yang terbabit dalam kegiatan perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan serta beroperasi di 13 negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat serta memiliki lebih 80 syarikat yang aktif.

 

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s