Ulat Teksi Memberikan Kesan Negatif Kepada Sektor Perlancongan Negara


Oleh rmf

Berbagai aduan  yang telah diterima oleh SPAD  dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan pengangkutan Awam darat yang mana saban hari ada sahaja ceritanya.  Dari kisah pemandu teksi yang tidak menggunakan meter,  ulat ulat teksi yang menjerut leher penumpang   sehingga lah kepada kenderaan berat yang melebihi muatan.

SPAD sebagai Suruhanjaya yang dipertanggungjwabakan didalam memastikan kebajikan dan keselamatan penumpang  disamping memastikan prestasi pengangkutan awam darat berada dilandasan yang sebenarnya  dan menaikkan  nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sitem dan rangkaian  pengangkutan yang terbaik.

Baru baru ini, SPAD menerima 397 aduan di Bukit Bintang. Dan diantara aduan yang diterima seperti teksi tidak menggunakan meter, teksi tidak menunggu di petak khas yang ditetapkan sehingga menggangu lalu lintas, ulat teksi dan sebagainya.

Melalui penguatkuasaan dijalankan sebanyak 241 buah teksi yang tidak mematuhi undang undang  telah diambil tindakan oleh SPAD.

Gejala yang tidak elok dipandang oleh pelancong asing ialah  kegiatan ulat teksi yang mana  kebanyakan daripada mereka mencari mangsa di  lapangan terbang. Mangsa utama mereka ialah pelancong asing yang pertama kali datang ke negara ini. Terdapat juga sendiket yang berurusan dengan pihak hotel  menawarkan perkhidmatan yang menjerut leher pelancong sehingga ribuan ringgit.

Kegiatan  yang tidak bermoral ini sekali gus akan memberukkan imej  negara kita sebagai destinasi perlancongan di mata dunia. Aktiviti ulat teksi sememangnya akan memberi kesan negatif serta imej buruk kepada pelancong asing tentang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Banyak laporan yang diterima oleh Bahagian Penguatkuasa SPAD,  rungutan daripada pelancong asing dan pengunjung lapangan terbang, berhubung aktiviti ulat teksi serta kereta sapu yang tidak terkawal.

SPAD melalui Bahagian Peguatkuasa pada bulan September yang lalu telah melakukan beberapa siri  operasi bagi menangkap ulat teksi serta kereta sapu, termasuk `Ops Parasit’. Hasil daripada operasi tersebut dua ulat teksi ditahan bersama 11 kereta yang digunakan sebagai kereta sapu disita

Proses perundangan bagi setiap kes sedang berjalan dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat, kerana memberi perkhidmatan tanpa permit. Dan jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi aktiviti ulat teksi pula, mereka akan  didakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Darat, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s