Kemalangan Pengangkutan Awam -Pengauditan Jalanraya Mesti Dilakukan secara berjadual


Oleh rmf

Kemalangan jalanraya yang melibatkan pengangkutan awam saban kali kita dengai seakan ianya bermusim kejadiannya. Kejadian kemalangan yang banyak meragut nyawa penumpang akibat beberapa factor yang mungkin menjadi penyebab utama.

Satu ketika dahulu, kita dihujani dengan berita berita kemalangan yang melibatkan bas bas persiaran dan bas express  dan telah meyebabkan banyk mangsa terkorban. Salah satu punca kemalangan tersebut ialah sikap tidak bertanggungjawab pemandu, keletihan , perngaruh dadah dan struktur  kenderaan itu sendiri.

SPAD sebagai satu suruhanjaya yang bertanggungjawab keatas isu ini seharusnya mempertingkatkan lagi satu sistem yang lebih efisien bagi mengurangkan kejadian kemalangan dan melihat tindakan yang  tegas dari pelbagi sudut.

Banyak perkara  yang perlu diberi perhatian ialah pengauditan keselamatan jalan raya. Pemeriksaan tahap kesempurnaan jalanraya juga  merupakan satu langkah yang seharusnya dijalankan secara berkala. Diantara lain faktor penyebab yang mengundang berlakunya nahas jalan antaranya adalah struktur jalan raya disamping sifat kemanusiaan dan penyelenggaraan kenderaan.

Pemeriksaan keselamatan jalan raya perlu sentiasa dijalankan untuk memastikan tahap struktur jalan raya berada dalam piawaian yang baik. Kebiasaannya pengauditan keselamatan jalan raya hanya dilakukan selepas pembinaan jalan raya selesai atau berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh.

Akan tetapi seharusnya pengauditan jalanraya  dilakukan secara berjadual bukan hanya pada jalan yang lurus tetapi pengauditan ini perlu dipertingkatkan lagi terutamanya melibatkan kawasan tumpuan seperti kawasan berbukit, persimpangan berbahaya

Pada masa akan datang, seharusnya pengusaha bas lebih menyediakan pemandu yang berkemahiran – mengikut peraturan dan menjaga keselamatan”. Pemberian gaji yang diupah oleh pihak pengusaha bas kepada setiap pemandu merupakan antara faktor yang perlu dikaji kembali oleh pengusaha bas.

Jika kaedah pemberian gaji bulanan ini dapat direalisasikan pemandu bas akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh disiplin lagi tanpa perlu mengejar perjalanan untuk mendapatkan upah yang lebih. Ini dengan tidak secara langsung akan mengurangkan kadar  kemalangan jalanraya yang melibatkan pengangkutan awam meningkat.

Dalam hal ini SPAD sebagai Suruhanjaya yang emantauan Perdana Menteri ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam tanah air yang merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah ditetapkan kerajaan.

SPAD semestinya tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana syarikat pengusaha bas ekspres yang tidak mematuhi undang-undang samada yang bakal dilaksanakan atau telah dikuatkuasakan. Sekiranya pihak pengendali gagal mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan syarat-syarat perlesenan, besar kemungkinan permit kenderaan syarikat mereka akan digantung atau dibatalkan.

Adalah menjadi tanggungjawab SPAD  dan setiap pengendali untuk memastikan mutu perkhidmatan dan tahap keselamatan pelanggan mereka sentiasa terjamin. Bagi memastikan kedua-dua aspek ini sentiasa terjaga, dalam hal ini pengendali harus memberi perhatian yang serius dalam segala aspek pengurusan pemandu dari lantikan, kebajikan, jadual perjalanan, kesihatan dan sebagainya.untuk memastikan mutu perkhidmatan dan tahap keselamatan pelanggan mereka sentiasa terjamin. Bagi memastikan kedua-dua aspek ini sentiasa terjaga, dalam hal ini pengendali harus memberi perhatian yang serius dalam segala aspek pengurusan pemandu dari lantikan, kebajikan, jadual perjalanan, kesihatan dan sebagainya.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)  mengesa tindakan yang lebih efisen dalam menanggani isu kemalangan melibatkan bas ekspres. Tindakan lebih padu dan berterusan perlu diambil dengan segera dalam memastikan keselamatan penumpang pada masa akan datang lebih terjamin.

Image | This entry was posted in Kemalangan Pengangkutan Awam -Pengauditan Jalanraya Mesti Dilakukan secara berjadual and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s