Orang Melayu ” Jangan Jadi Katak Dalam Kaca” dalam isu CEO MAS


Oleh rmf

MUELLERMAS

Ramai orang menempelak Tun Mahathir bila mengatakan Orang Malaysia  Bodoh” dalam pengurusan Penerbangan, Tetapi sebalik kata kata Tun Mahathir itu banyak kebenarannya,

Tun Mahathir telah melancarkan “Dasar pandang ke Timur” untuk membolehkan rakyat Malaysia mengambil perkembangan teknologi dari timur dan dibawa ke Malaysia, dengan berharap dasar ini dapat dikuasai oleh rakyat Malaysia dan membawa Negara ke mercu kejayaan dengan pertukaran kemahiran dan teknologi.

Tetapi orang Melayu, prasangka dan cemuhan tetap ada, mula la cerita Jepun menyiksa org Melayu zaman perang keluarm datuk nenek kena pancung orang jepun.Tetapi apa yang mereka lakukan menyambut dasar kerajaan untuk memajukan negara. Tolong bawak pemikiran tradisional itu kedalam kotak. simpan. Negara semakin maju, pemikiran terus melonjak kehadapan.

Tetapi mereka lupa bahawa perkembangan teknologi berubah dari masa kesemasa..

Proton mengalamai kemerosotan pengeluaran pada tahun 1988-1993- Pakar dari Jepun dijemput untuk memulihkan prestasi proton dan berjaya. Tetapi telah dihancurkan oleh “Geng tingkat 4” zaman pemerintahan Pak Lah.

Kini peluang telah diberikan oleh kerajaan kepada Bumi putera menguruskan MAS, Kegagalan juga berlaku, Melantik CEO dari luar negara untuk memulihkan kembali MAS adalah satu tindakan yang cukup baik berdasarkan apa yang berrlaku sebelum ini. Banyak negara melakukan perkara yang sama. Tetapi keadaan ini berlawanan sama sekali dengan pemikiran tradisional rakyat Malaysia Perkara ini juga menjadi viral oleh rakyat Malaysia. Tetapi dimasa mereka diberikan peluang , mengapa mereka tidak menunjukkan prestasi?

Bukan masanya kita melayan nostagia untuk kemajuan negara- Perkongsian kemahiran dan teknologi itu perlu jika ingin maju dan begerak kehadapan.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat baru Penerbangan Malaysia (Mas) Christoph R. Mueller, adalah seorang veteran industri penerbangan dengan rekod yang cemerlang. Beliau memang dikenali di dalam industri ini sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam memulihkan syarikat penerbangan yang bermasalah.

Khazanah Nasional Bhd pada Jumaat telah mengumumkan pelantikan Mueller sebagai CEO syarikat baru yang akan mengambilalih operasi MAS serta senarai para anggota lembaga yang baru. Pelantikan Mueller bermula 1 Januari tahun depan.

Mueller yang memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam bidang penerbangan buat masa ini adalah CEO, Aer Lingus Plc (Aer Lingus), syarikat penerbangan Ireland sejak 2009.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata: “Christoph Mueller adalah calon yang paling sesuai dan tepat untuk menerajui Mas dan dia kini diamanahkan dengan dua misi yang penting iaitu memulihkan syarikat penerbangan kebangsaan kita dan melatih bakal peneraju tempatan.”

Di Aer Lingus, dalam empat tahun setengah yang terakhir ini, Mueller telah berjaya memulihkan syarikat yang tenat ini menjadi sebuah syarikat penerbangan yang semakin dikenali di Eropah dan membuat keuntungan. Keupayaan Aer Lingus untuk mengekalkan keuntangannya secara stabil dibina atas pendekatan dan model strategi baru sekaligus membolehkan syarikat yang berusia 78 tahun itu bersaing dengan nama-nama besar dan dalam pasaran yang kompleks ini.

Ia juga telah berjaya menjadikan Dublin sebagai salah satu daripada hub penerbangan utama untuk rangkaian Atlantik Utara. Di bawah pengurusannya, Aer Lingus telah menembusi pelbagai pasaran baru dengan model bisnes yang menguntungkan.

Keupayaannya memulihkan syarikat penerbangan yang tenat bermula di Lufthansa, yang mana ketika itu beliau adalah naib presiden kanan untuk pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.Antara 1994 hingga 1999 beliau telah berjaya memulihkan Lufthansa kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan yang menguntungkan.

Oleh itu cukup cukup la untuk bernostagia didalam kelambu, masa begerak laju, kita masih lagi berilusi dengan pemikiran tradisional,  Cuba kita lihat sahaja PPSMI, tentangan sehingga menghasilkan demontrasi. Melayu sememangnya takut berhadapan dengan perubahan dan penguasaan yang baharu. Penguasaan berbagi bahasa adalah kelebihan tetapi semua itu ditolak oleh orang Melayu.

Mereka ini ingin menjadi Melayu yang hebat. Tetapi hebat dengan perangai hasad dengki.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s