Mengapa Pengangkutan Awam Masih Bukan Pilihan Rakyat Malaysia


Oleh rmf

Bagi sebuah negara yang sedang menuju kearah negara yang maju pada tahun 2020, Peranan SPAD adalah amat penting bagi memastikan sistem pengangkutan darat berada pada tahap yang cukup baik untuk masa akan datang.

Cabaran ini bukan sahaja meliputi  hal hal yang berkaitan dengan keselamatan, malahan ianya terjurus kepada  keselesaan pengguna  dalam mendapatkan  perkhidmatan pengangkutan awam. Spad dengan ini dijangka akan terus menerus melakukan penambahbaiakan dari semua aspek yang terlibat.

Inilah yang menjadi cabaran bagi SPAD, iaitu membangunkan satu sistem pengangkutan awam di negara ini yang bersepadu, cekap dan selamat. SPAD  yang ditubuhkan pada 2010, mewujudkan pelan ‘Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan’, yang dikenalpasti sebagai satu daripada pelan tindakan utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan.

Untuk mendapatkan kesempurnaan yang diinginkan SPAD memerlukan masa yang agak lama proses menambah baik sistem pengangkutan awam sedia ada di Malaysia ke tahap yang cemerlang seperti di Hong Kong, dan beberapa  negara lain. Masa yang cukup lama untuk melakukan kajian yang cukup terperinci sebelum ianya dilaksanakan.

SPAD menetapkan sasaran 40 peratus penduduk bandar akan mengguna pengangkutan awam menjelang 2030 berbanding 20 peratus pada masa kini,  Badan itu menggalas tugas berat mengkoordinasikan agensi-agensi berkaitan pengangkutan darat termasuk kerajaan tempatan dan syarikat pemaju bagi mencapai matlamat itu.

Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), hanya 20 peratus penduduk bandar menggunakan pengangkutan awam. Jika ini berterusan, usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon, seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi inisiatif Sains Untuk Tindakan (S2A), pastinya gagal dicapai.

Mengapa ini terjadi? Mengapakah masih ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam seperti bas, LRT, tren dan teksi, walaupun pilihan itu ternyata lebih murah dan mereka tidak perlu pening kepala memandu dalam kesesakan lalulintas?

Permasalahan yang kebiasaannya diutarakan oleh pengguna ialah keselesaan semasa menggunakan  pengangkutan awam, ini termasuk  keadaan berhimpit himpit dan melalui perjalanan yang cukup tidak selesa.Sistem perjalanan yang banyak melibatkan kesesakan jalanraya,

Mungkin pada satu masa nanti , satu kaedah satu tempat duduk saorang akan diperkenalkan untuk menjamin keselesaan pengguna serta sekali gus akan menjamin keselamatan penguna dari menghadapi ancaman penjenayah seperti penyeluk saku atau gangguan seksual dan jenayah ragut.

Ini adalah sebahagian daripada cerita dan rungutan yang kebiasaannya kita dengar dari pengguna. Ini merupakan salah satu sebab  mengapa pengangkutan awam masih lagi berada di kelas kedua  menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Image | This entry was posted in Mengapa Pengangkutan Awam Masih Bukan Pilihan Rakyat Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Mengapa Pengangkutan Awam Masih Bukan Pilihan Rakyat Malaysia

  1. bamngah says:

    Ade je projek mega, misti tertumpu kt area Kay El dulu. Ape org yg duduk Kay El je ke yg perlukan ? Dari LRT, MRT, monorel, even komuter dan Unifi pun start kt Kay El. Ape org yg x duduk Kay El x perlukan ke segala fasiliti tersebut? Bengang. Dah la tempoh segala fasiliti tersebut ‘berjangkit’ ke bhgn lain Malaysia lembab! Ni x dgr lg komen org Sabah/Sarawak. Ni komen dari org semenanjung yg bukan duduk Kay El je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s