SPAD : UBER Mesti Memberikan Jaminan Keselamatan Dan Pematuhan Syarat.


Oleh rmf

Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider pada bulan September 2014 seorang pemandu teksi dari aplikasi UBER telah mencederakan seorang penumpang yang menggunakan perkhidmatan UBER teksi di San Francisco, Amerika Syarikat. Dalam kes tersebut, pemandu yang dipercayai bernama Patrick Karajah telah memukul seorang penumpang dengan menggunakan hammer kerana marah terhadap penumpang tersebut. 

Kejadian sedemikian  dengan tidak secara langsung  telah menarik perhatian SPAD dalam memikirkan satu kaedah bersama  dalam istilah “win win situation” bersama dengan pemberi perkhidmatan UBER demi memastikan jaminan keselamatan  kepada penumpang.

SPAD sebagai pengawal selia yang bertanggungjawab bagi pengangkutan awam darat Malaysia, SPAD mengambil pematuhan kepada undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tempatan dengan serius. Ketegsan ini adalah bagi menjamin segala bentuk keselamatan yang seharusnya dipatuhi oleh  UBER didalam menjalankan operasi mereka.

Walaupun sebelun ini ,pada dasarnya pada kebanyakan pelanggan amat berminat untuk menggunakan perkhidmatan UBER. tanpa memikirkan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, tidak ada jaminan bahawa penumpang dilindungi semasa mengambil perkhidmatan,

Sejauh manakah UBER dapat memastikan keselamatan penumpang ? Oleh yang demikian ianya menjadi persoalan yang masih diawangan, maka seharusnya SPAD bersama JPJ secara tegas memantau serta memastikan pematuhan syarat dilaksanakan setelah persetujuan bersama dicapai.

Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan UBER yang tidak mematuhi undang-undang  dan mengambil tindakan yang mungkin untuk menghukum pemandu dan pemilik kereta mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sebelum ini, Suruhanjaya itu berkata kenderaan  yang digunakan oleh Uber tidak dilindungi oleh insurans komersial dan mungkin tidak melalui pemeriksaan setengah tahunan Puspakom. Tindakan sebegini amat membahayakan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan UBER.

SPAD telah mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dan bersedia untuk membenarkan perkhidmatan Uber asalkan perkhidmatan yang disediakan oleh kenderaan sesuai berlesen dan pemandu yang mementingkan keselamatan penumpang disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Justeru itu , dengan kebenaran yang diberikan oleh SPAD , maka segarusnya digunakan sebaiknya  oleh pemberi pekhidmatan UBER . Jangan lah  dimasa akan datang  perlanggaran persetujuan ini berlaku maka pengharaman UBER akan dilaksanakan.

Image | This entry was posted in SPAD : UBER Mesti Memberikan Jaminan Keselamatan Dan Pematuhan Syarat. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s