SPAD Pemacu Kepada Pergerakan Ekonomi Negara                 


Oleh rmf

Pengangkutan awam darat memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam memacu dan membentuk pertumbuhan ekonomi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Peningkatan kemasukan pelabur dari negara asing   kedalam mana mana negara  dilihat bagaimana  kemudahan dan keberkkesanan pengakutan awam di selia dan di selenggara dengan baik.

Penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berkesan berpotensi untuk membuka kelompok pertumbuhan bandar baharu, meningkatkan daya tarikan kelompok bandar sedia ada, serta memacu pembaharuan bandar.  Tugasan ini amat penting bagi memastikan setiap gerakan ekonomi akan  berjalan lancar tanpa ada sekatan  yang berpunca daripada sistem pengakutan.

SPAD melalui kepakaran sedia ada sentiasa memantau  setiap  perkembangan dan keperluan  asas  pengangkutan agar ianya standing dengan gerakan wawasan negara . menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan mobiliti rakyat. Pelancong lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi.

Sebelum tertubuhnya  SPAD, tahap penyelarasan antara mod pengangkutan awam darat sangat rendah. Kurangnya penyelarasan ini memberikan implikasi bahawa penyediaan pengangkutan awam darat tidak diberikan pertimbangan yang secukupnya dalam pembangunan ruang. Sebagai kesannya, sistem pengangkutan awam darat yang disediakan tidak bersepadu antara mod dan juga dengan pembangunan lain yang berkaitan.

Masalah yang dihadapi ini telah membawa kelemahan penyediaan pengangkutan dan menjadikan pengangkutan darat bukan pilihan utama ketika itu.  Tetapi perkembangan dan kemajuan pengangkutan darat bukan lagi kritikan dan cemuhan dikalangan pengguna malahan sekarang  ianya merupakan pilihan  utama selain dari menggunakan kenderaan sendiri.

Kesesakan trafik di kawasan bandar merupakan cabaran yang amat berat untuk ditangani. Ianya  merupakan penghalang utama  kepada kelancaran pergerakan ulang alik para pekerja dari rumah ke tempat kerja. Secara umumnya, masa yang dihabiskan begitu sahaja kerana kesesakan trafik merupakan penyumbang kepada penurunan kadar produktiviti. Kerajaan akan mengalami kerugian  bernilai ju

 Peningkatan keberkesanan dan kecekapan dapat dilihat  perkhidmatan ETS yang beroperasi dari Ipoh ke Kuala Lumpur  telah menjadi pilihan utama  kerana kecekapan kendalian menepati masa  bertolak dan sampai. Kecekapan ini seharusnya dijadikan contoh dan penambahbaikan seharusnya dilakukan dari masa kesemasa .

SPAD telah memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan  sistem pengangkutan darat  berada pada tahap yang membanggakan.  Kedatangan pelancong dari luar negara sentiasa melihat sistem pengangkutan darat sebagai pilihan utama.

Justeru itu, Secara dasarnya, permintaan terhadap pengangkutan awam darat dilihat akan meningkat kerana Malaysia ketika ini dalam proses untuk menjadi negara maju. Corak dan keadaan semasa pengangkutan awam darat memerlukan pendekatan yang berani dan inovatif bagi membolehkan pengangkutan awam darat memainkan peranan yang lebih besar dalam konteks pertumbuhan pembangunan negara.

Dimasa akan datang, SPAD dengan kaedah yang lebih efisien akan  melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan melalui penyelidikan meluas, perancangan teliti dan bekerjasama dan berinteraksi dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan bagi mencapai matlamat memperkenalkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang lebih maju dan berprestij tinggi  sejajar dengan wawasan 2020 dan setaraf negara maju.

Image | This entry was posted in SPAD Pemacu Kepada Pergerakan Ekonomi Negara                  and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s