Bakar Al-Quran: Dr Mashitah beri keterangan Dan Mohon Siasatan Menyeluruh dilakukan


Oleh rmf

Sehubungan dengan laporan polis yang telah dibuat oleh pemimpin DAP  berhubung kenyataan Datuk Mashitah yang telah dibuat di Persidangan Agong UMNO baru baru ini dengan membangkitkan  isu pembakaran Al Quran oleh saorang Cina di Kedah telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan  pemimpin DAP. Desakan  telah dibuat oleh Lim Kit Siang agar  Datuk Mashitah diambil tindakan dibawah Akta Hasutan yang mana  boleh mengakibatkan ketidakstabilan diantara kaum dan akan meyebabkan huru hara .

Hari ini satu soal siasat dan memberi keterangan  oleh  Datuk Mashitah telah dijalankan di  Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 2.30 petang  bersamaan 7hb Disember 2014.  Soal siasat ini telah dilakukan oleh saorang pegawai yang berpangkat ASP dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sesi memberi keterangan telah berjalan dengan begitu harmoni dengan kerjasama kedua dua belah pihak,  Di akhir  sesi  keterangan Datuk Mashitah meminta pihak polis menjalankan sisatan menyeluruh bagi membuktikan  tersebut adalah benar benar berlaku dan bukan dilakukan oleh orang yang kurang siuman sebagaiman yang dilaporkan didalam Malaysiakini   .

Kejadian membakar Al- Quran ini sebenarnya dan sememangnya telah berlaku  di Kedah  dan perkara ini dinafikan oleh DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang dengan mengatakan ianya adalah tuduhan  melampau untuk menimbulkan perasaan dan ketegangan diantara kaum. Tujuan mereka adalah tidak lain untuk menyembunyikan kejadian sebenar walaupun ianya sememangnya berlaku.

Kita sedia maklum bahawa DAP Chauvanis  secara terangan sejak dahulu lagi  akan cuba sedaya upaya  untuk melindungi pesalah dari ahli  mereka dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan.

Modus Operandi yang sama dilakukan  sekarang terhadap Datuk Mashitah agar  memperlihatkan bahawa Islam itu adalam satu fahaman agama yang extrimis dan  bersifat tidak harmoni. Sebenarnya , ini lah yang ingin ditonjolkan oleh DAP  disamping memperlihatkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang cintakan keamanan sedangkan disebaliknya mereka adalah sebuah parti yang memusnahkan segala kebaikan.

Dalam hal ini, amat malang sekali bila mana orang Melayu sendiri  menyokong tindakan DAP ini dengan membuat laporan Polis terhadap kejadian yang benar benar berlaku  seakan sudah tidak memikirkan  betapa Al- Quran itu adalah kitab suci umat Islam yang semestinya dipertahankan.  Tetapi diminda mereka hanyalah  mempertahankan DAP.

Oleh yang demikian, Ustaz Azhar Idrus dan Dyana Sofea seharusnya sedar  dan menerima hakikat bahawa  siapakah musuh kepada Islam yang sebenarnya di Malaysia. Musuh tersebut ialah DAP bukan orang orang Melayu  yang bersyahadah dan berkiblatkan Baitullah. Jangan kerana politik segalanya dijual untuk mendatangkan keuntungan termasuk Agama.

Amat memalukan bagi saorang penasihat DAP yang telah lama bergelumang dalam politik, kini terperangkap dengan momokan kejadian serta tidak berani  menyatakan yang benar, Sikap berpura pura dan ingin menyalahkan orang lain  secara jelas dan terang bila mana  mendesak Dato Zahid Hamidi  menjalankan siasatan pada kadar segera.

Adakah beliau lupa bahawa banyak kejadian yang melibatkan siasatan yang berhubungkait dengan DAP selalunya  dan kebiasaannya kurang mendapat kerjasama sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Datuk Mashitah. Ini membezakan  diantara kebenaran dan kepalsuan dan pembohongan yang cuba dilakukan oleh DAP untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.

Justeru itu , saranan Datuk Mashitah agar satu sisatan menyeluruh  dilakukan  untuk membuktikan bahawa kejadian  membakar Al Quran di Kedah ini benar benar berlaku  dan bukan dilakukan oleh saorang yang kurang siuman tetapi dilakukan  dengan agenda terancang.

Image | This entry was posted in Bakar Al-Quran: Dr Mashitah beri keterangan Dan Mohon Siasatan Menyeluruh dilakukan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s