Tersirat Di Sebalik Laporan Polis Terhadap Dr Mashitah.


Oleh rmf

Jika kita singkap dan imbas semula segala yang mereka perkatakan semuanya adalah merujuk kepada  untuk menutup dan berselindung dibawah  perbuatan mereka sendiri. Mana tidaknya, satu ketika dahulu mereka melebelkan UMNO adalah sebuah parti yang perkauaman.

Pernahkah kita terfikir disebalik laporan polis yang dibuat oleh Dr Mashitah ada sesuatu yang tersirat  dan pernah dilafazkan oleh oleh kepimpinan pihak DAP Chauvanis ini terhadap  orang Melayu Islam dalam negara  ini sebelum ini. Pernahkah kita terfikir bagaimana saorang pesakit mental boleh mendapat senaskah Al-Quran  dan mengoyakkannya? Lebih bijak lagi ialah membakarnya didalam tong pembakar  aluminium- Hebat bukan..Malaysiakini

Bukankah ini seperti sesuatu yang dirancang untuk memberikan impak kepada  orang melayu agar merasa terhina dan marah susulan perbuatan tersebut. Sesiapa yang telah mengkaji perjalanan politik Chauvanis ini pastinya akan berfikiran sedemikian juga. Ada tangan tangan ghaib disebalik kejadian ini. Secara jelasnya mereka inginkan permohonan maaf secara terbuka dari Dr Mashitah  dengan kenyataan yang dibuat pada PAU14 yang lalu. Jika ini berlaku , secara tidak langsung mereka beranggapan bahawa Melayu Islam adalah golongan ektirimis dan bersalah dalam hal ini. Kemenangan pada  mereka dan memberikan impak yang besar dari kepercayaan penyokong.

Cuba kita imbas sendiri kejadian simbahan chat di pejabat Teressa kok yang mana terdapatnya  sembelihan ayam mati atau darah ayam, kita imbas lagi bagaimana  mendiang Karpal Singh mendapat ugutan peluru hidup? Kita imbas lagi bagaimana kepala lembu di pintu pagar rumah Lim Guan Eng. Pernahkah kita terfikir menyimbah cat di poster? Cubaan bunuh terhadap Anwar ibrahim sehingga melarikan diri ke Kedutaan Turki? Tetapi akhirnya episod tersebut berakhir begitu sahaja.

Bukan kah semua kejadian ini modus operandinya sama.  Jadi isu membakar Al-quran yang dicanangkan oleh DAP sehingga laporan polis dibuat adalah  menggunakan kaedah yang sama sebagaimana sebelum ini.  Kita amat faham bahawa  isu ini akan memberikan impak yang cukup dalam dan persepsi  difikiran orang Melayu sendiri untuk membenci Melayu dan akan menobatkan bahawa DAP bukan parti yang rasist serta perkauman.

Tidakkah mereka terfikir bahawa perkauman yang disebut oleh mereka itu adalah untuk menutup gerak laku mereka sebagai sebuah parti yang cukup rasist  dalam apa juga keadaan yang melibatkan bangsa, adat , budaya yang mereka sendiri pertahankan sehingga sanggup melenyapkan budaya bangasa lain. Bagi mereka ini merupakan isu yang cukup besar  untuk memreka mempertahankan dan menimbulkan isu bagi memberikan tekanan dan menyatakan bahawa sememangnya UMNO adalah sebuah parti yang perkauman.

Sebagaimana yang kita tahu dan mungkin sebahagian dari kita tidak mahu tahu, bahawa DAP adalah sebuah parti yang cukup rasis dalam mempertahankan bangsa , budaya dan segala yang berkaitan dengan kepentingan  bangsa Cina Chauvanis mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja  demi mempertahankan walaupun  subjek tersebut hanya saorang yang tidak siuman.

DAP secara lantang memberikan gambaran bahawa NGO NGO Melayu yang extrimis  apabila menggunakan ucapan dasarnya untuk menyalahkan orang bukan Melayu yang kononnya mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Tetapi disebalik itu, tidakkah mereka juga sabuah parti yang cukup rasist bila mempertikaikan seruan azan, tilawah , sambutan Maulidul Rasul di sambut oleh umat islam didalam negara ini? Menyalahkan orang  Melayu adalah pengkhianatan dan politik jahat DAP. Ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang  Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina Chauvanis yang mana bertindak secara senyap melalui pertubuhan pertubuhan seperti  Siqiu jika isu berkaitan kepentingan mereka dipertikaikan. Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak mereka. Jadai apakah Melayu tidak mempunyai Hak untuk mempertahankan hak hak Melayu?

Mainan politik parti-parti kaum yang dimainkan oleh DAP pastilah latar dan gaya kempen politik mereka akan sentiasa dan sarat dengan elemen kaum yang biasanya terlajak kepada hasutan perkauman. Ini akan disulam dengan elemen keagamaan sebagai minyak pelincir yang akan melancarkan serangan dan fitnah terhadap parti lawannya.  Oleh itu sebagai orang Melayu adalah hak orang Melayu untuk mempertahankan kepercayaan, hak bumi ini adalah hak mutlak yang tiada galang gantinya.

Justeru itu, secara terangan dan tersiratnya kita dapat melihat secara jelas apakah yang mahu dilakukan oleh DAP Chauvanis ini terhadap orang Melayu Islam dalam negara ini. Mereka inginkan penguasaan arahan dan tindakan dan akan menyebabkan orang Melayu tunduk  dan seterusnya menerima dasar dasar yang mereka rancangkan sejak 56 tahun yang lalu iaitu bergerak atas kapasiti orang Melayu untuk memusnahkan Melayu seterusnya menguasai pemikiran  dengan  ideologi. Akhirnya Melayu Islam akan menjadi  golongan yang tersish dan terpinggir tanpa kuasa untuk menyatakan hak hak kemelayuan.

This entry was posted in Tersirat Di Sebalik Laporan Polis Terhadap Dr Mashitah. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s