Sekolah Pondok Kini Ke Mercu Kegemilangan


Oleh rmf

Menurut ahli falsafah Inggeris yang terkenal iaitu Herbert Spencer, dasar pendidikan itu ialah untuk menyediakan manusia menjalani kehidupan yang sempurna di samping mempunyai tubuh badan yang kuat, akhlak yang sempurna serta mampu berfikir dengan baik.

Jika diteliti pendapat beliau ternyata orang barat juga ingin melihat anak-anak mereka menjalani kehidupan yang sempurna dan bahagia. Bagi mereka, pendidikan ialah menyediakan anak-anak untuk menghadapi masa depan dengan penuh kegemilangan.

Namun apa yang berbeza dengan umat Islam dilihat dari sudut istilah kebaikan dan kebahagiaan yang dinyatakan. Bagi umat Islam, kebaikan itu ialah kebaikan dalam agama dan kehidupan, manakala kebahagiaan yang dicapai ialah dari dunia hingga ke akhirat Sekolah pondok, cukup sinomin dengan perkembangan dan pembagunan insan yang berilmu dan berkaliber  dalam kalangan umat Islam.  Sekolah pondok memainkan peranan yang cukup penting  didalam memastikan kesinambungan  umat islam yang berilmu untuk mewarisi kepimpinan yang berjiwa Islam.

Konsep Pendidikan Islam adalah menyeluruh. Ianya menitikberatkan bukan sahaja pemupukan potensi dan perkembangan personaliti seseorang individu, tetapi juga berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan ajaran al-Quran dan Sunnah. Pendidikan Islam merupakan proses yang berterusan sepanjang hayat samaada secara formal ataupun tidak formal.

Hari ini sekolah pondok bukan lagi satu sekolah yang dianggap extrimis , malahan ianya adalah sebuah  pusat yang seharusnya dibanggakan. Pemerkasaan sekolah pondok sedang dan seharusnya dilakukan secara bersepadu untuk menjamin sistem pembelajaran  yang  terbaik dapat dinikmati oleh pelajar pelajar. Sokongan badan badan bukan kerajaan dan swasta amat dialukan didalam memastikan  keluaran  dari sekolah pondok yang berkualiti dan mampu berdaya saing didalam menghadapi cabaran dunia yang semakin terbuka.

Sistem pendidikan dan pembelajaran pondok lebih berbentuk tradisional di mana calon pelajar tidak dihadkan umur dan kebolehan. Mereka diterima masuk jika boleh membaca jawi dan al-Quran. Secara keseluruhannya, kurikulum institusi pondok di Malaysia tidak mempunyai bentuk yang selaras sebagai panduan kepada pondok-pondok lain. Setiap pondok mempunyai kurikulumnya yang tersendiri mengikut budi bicara tok guru masing-masing. Subjek ini diajar untuk memberi keteguhan agama di samping mewujudkan perasaan kekitaan.

Semestinya jika begini sistem yang diamalkan , keluaran sekolah pondok  tidak lagi merasa kecil hati dan rendah diri sebagaimana yang belaku sebelum ini. Sekarang mereka harus berbangga dengan pencapaian dan kesedaran  dikalangan  rakyat Malaysia tentang kepentingan sekolah pondok didalam mengimbangi  keperluan semasa didalam bidang  tertentu. Mereka sekarang standing dengan mana mana ilmuan apabila mereka menamatkan pengajian pondok mereka.

Satu ketika dahulu,  sebutan sekolah pondok begitu sensitive  dikalangan ibu bapa yang berjiwa moden, ada diantara mereka beranggapan  bahawa sekolah pondok melahirkan “pengemis kecil jalanan” untuk membiayai  perbelanjaan mereka dan kadang kala mereka ini diexploitasikan oleh pihak  yang tidak bertanggungjawab didalam mengejar keuntungan duniawi.

Semua itu telah berakhir, sudah  hilang dari anggapan yang negatif didalam pemikiran masyarakat. Sekarang  kebanyakan pelajar dan penuntut  sekolah pondok bukan lagi dikalangan  rakyat yang tidak berkemampuan , namun  ianya terdiri dari pelbagai golongan termasuk  dari yang kaya dan juga sederhana yang telah sedar tentang kualiti yang dihasilkan  merangkumi  dunia dan akhirat.

Seharusnya pengurusan  pondok yang  dinamik dan efisien akan meningkatkan lagi mutu pendidikan serta budaya kerja dan belajar yang selesa . Faktor ini akan meningkatkan lagi kualiti keberhasilan  pelajar yang berkualiti disamping  guru yang berkaliber dan mempunyai sahsiah yang tinggi bagi memastikan hasil yang baik. Justeru itu pemerkasaan sokolah pondok bukan lagi seperti angan angan , kini telah dianggap salah satu cabang pendidikan agama yang penting bagi kesinambungan generasi yang terbaik sahsiahnya.

Image | This entry was posted in Sekolah Pondok Kini Ke Mercu Kegemilangan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s