Liberalisme dan Pluralisme – Islam Meniti Jambatan Berduri


Oleh rmf

Saban Hari kita melihat Islam tercabar kedudukannya di serata dunia,  Isu ini tidak ketinggalan  di Malaysia, dorongan mempercayai fahaman fahaman yang menidakkan pegangan agama  penganut yang lain  telah menyebabkan  satu konsep fahaman  dicipta untuk mendatangkan kerosakan pada  yang tidak sealiran dengan mereka.

Fahaman liberalisma dan pluralisma merupakan fahaman yang menidakkan pegangan anutan orang lain walaupun secara jelas kebebasan menganuti fahaman itu berputik dari hati nurani dengan hidayah Allah bagi orang Islam. Tetapi mengapa Islam dijadikan mangsa kepada keadaan semasa.

Faham liberalisme pasca moden dan pluralisme agama, seperti yang dianjurkan oleh puak Islam leberal, adalah sekelompok pemikiran yang berbahaya kepada kekuatan pegangan akidah dikalangan  belia Islam. Hal ini disebabkan kedua dua ideologi ini mengandungi unsur-unsur seperti kesamarataan yang umumnya menarik bagi pemikiran golongan muda. Secara khususnya, ini merujuk kepada sifat pemuda yang biasanya dipenuhi dengan semangat mencari kebebasan dan jalan mudah untuk dipegang dan diikuti.

Liberalisme adalah secara dasarnya suatu struktur pemikiran yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan secara  ringkasnya ianya adalah kehidupan yang  terbuka dan bebas tanpa ada satu perundangan yang ketat  menghalang setiap perbuatan dan gerakan yang ingin dilakukan.

liberalisme agama boleh dikategorikan sebagai satu tahap pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan pegangan  keagamaan, hubungan diantara manusia , dengan dengan beranggapan bahawa kebebasan tersebut mestilah tiada sesuatu yang menghalang apa juga  perbuatan.

Selain itu, puak liberal Muslim nampaknya berusaha mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan keadaan manusia. Ini adalah pendekatan yang bertentangan langsung dengan sifat Islam sebagai petunjuk daripada  Allah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kejadian yang berlaku  baru baru ini dimana Isu memegang anjing yang mana diberikan pendekatan agar kita tidak  merasakan ketakutan dengan binatang ini.

Mana mana  orang islam yang amat cetek dengan pemahaman ilmu keislaman berpendapat bahawa anjing adalah makhluk Allah yang wajar disayangi, tetapi secara jelas disini mereka telah menolak hukum yang dikeluarkan dan membenarkan perkara ini berlaku atas dasar kasih saying sesama  makhluk. Tetapi dengan kaedah kata kata segalanya telah menjadi halal belaka.

Secara jelas kita sedang melihat bagaimana  cara dan agenda ini disisipkan kedalam kehidupan saorang umat islam dengan cara mengubah struktur ayat untuk menghalalkan perbuatan ini. Sebagaimana kita tahu memegang anjing secara sengaja dan  kita perlu membersihkan diri dengan  tujuh kali air mutlak termasuk air tanah sebagai langkah untuk menyamak dan membersihkan menurut ajaran Islam.

Bukan itu sahaja, rata rata kita ketahui bahawa ramai diantara kita telah terjerumus dengan agenda ini , sebagai contoh yang jelas dan nyata ialah bagaimana  ucapan ucapan “Alhamdullilah” “Subhanallah” semakin hari semakin ditengelamkan dengan kaedah penyebutan dan ucapan yang  diagongkan oleh barat iaitu “Oh My God” “Shit” “Damn You” dan banyak lagi kini sedang bermain di bibiri anak anak muda Islam sekarang ini. Mereka cukup teruja dengan perkataan ini dimana mereka beranggapan  bahawa  ini lah kemodenan yang seharusnya mereka ikuti.

Kekuatan Liberalisme ini  disokong kuat dengan fahaman pluralism yang mana  sekutu kuat untuk menjayakan agenda yang cukup besar untuk menghancurkan aqidah umat islam jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Latar belakang kepada pemikiran ini ialah fakta bahawa di dunia ini wujud pelbagai agama. Kemajmukan anutan agama ini boleh dilihat dalam beberapa kaedah pemikiran yang mana mengakibatkan kehancuran pegangan umat islam. Semua ini adalah bertujuan untuk menghalalkan permurtadan dengan tiada konkongan perundangan dengan menggunakan  hak hak yang dikatakan lebih demokratik  duniawi, tetapi disatu sudut yang lain pula ianya amat bercanggah dengan  hukum keagamaan yang membataskan nilai nilai ketakwaan dan mengekang erat terjadinya permurtadan.

Begitu juga dengan satu keadaan dimana  isu Kalimah Allah telah di ucapkan oleh Ketua Pembangkang di satu majlis  bersama kaum cina dan india dimana mengatakan bahawa Kalaimah Allah ditafsirkan sebagai kepunyaa semua makhluk yang beragama. Wahal kita sedia maklum bahawa  Allah adalah kalimah yang khusus untuk orang Islam. Agenda terancang ini telah disebut didalam banyak buku yang ditulis oleh barat iaitu perkara yang utama  didalam penjajahan minda ialah memisahkan orang Islam dari pegangan keagaaannya dengan memberikan laluan kenikmatan dunia tanpa sempadan.

Contohnya, Khalid Samad menulis, antara lain, Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan ‘Allah’ tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99  nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza. Secara gunaannya di sini, Allah boleh jadi nama kepada al-Rahman dan boleh jadi nama kepada God The Father atau The Holy Trinity.

Percanggahan ini wujud bila mana sokongan terhadap isu ini meningkat dan ditafsirkan oleh bukan islam dan berfahaman liberal dan pluralism sehingga ianya  menjadi satu krisis yang boleh disebut sebagai krisis agama. Ramai yang tidak sedar natijah  yang bakal dihadapi oleh umat Islam bila aman krisis ini tidak ditangani dengan baik.

Berikutan dari itu, boleh disimpulkan dengan tegas bahawa Muslim adalah nama khas bagi penganut agama Islam, dengan iktikad tertentu yang boleh dibezakan secara terperinci jika dibandingkan dengan kepercayaan agama-agama lain. Dengan kata lain, Muslim bukan sebarang muslim yang kononnya menyerahkan diri kepada entah tuhan yang mana dengan cara yang entah macam mana pula

Justeru itu, umat islam seharusnya berhati hati dengan fahaman ini , adalah kerana ianya menyusup dengan cara yang paling halus untuk meyesatkan umat Islam di Malaysia dan sekali gus menghalalkan  tuntutan IFC dan COMANGO yang diperjuangkan oleh pembangkang untuk meliberalkan pemikiran rakyat terutama oarang Islam dan menjadikan hokum bukan lagi hokum berdasarkan keperluan globalisasi dan hak hak asasi manusia.

Image | This entry was posted in Liberalisme dan Pluralisme – Islam Meniti Jambatan berduri and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s