Adakah Ucapan Lim Kit Siang 15 Oktober 2014 Termasuk dalam Hasutan?


Oleh rmf

lks (3)

Satu ketika dahulu, DAP dengan bongkaknya telah menlancarkan satu gerakan yang dinamakan Perjuangan untuk memansuhkan Akta Hasutan yang dilakukan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)  yang berselindung untuk  dibawah kata kata  prihatin mereka terhadap negara ini.

 Tetapi disebalik  gerakan ini terdapat agenda tersembunyi yang ingin mereka  lancarkan secara jangka panjang iaitu untuk melenyapkan segala yang berkaitan dan kekebalan kepada  hak hak Melayu. DAP sebagaimana azalinya sememangnya amat  berasa takut bila kesedaran  diberikan  kepada bangsa Melayu. Mereka menyifatkan setiap kata kata yang diluahkan kepada  bangsa Melayu merupakan sesuatu yang amat rasist dan bersifat hasutan.

 Mereka memutar belitkan isu Akta hasutan agar ianya dilihat sebagai perundangan yang kejam dimata  rakyat, sedangkan mereka menyembunyikan  kenapa mereka amat perlukan akta hasutan ini dimansuhkan. Kenapa tidak diceritakan kepada rakyat bahawa kekebalan  empat perkara berkaitan Melayu tidak boleh disentuh didalam Parlimen dan menjurus kepada  Akta Hasutan?

Jika kekebalan  ini dilucutkan didalam akta hasutan  dengan sewenangnya mereka boleh mempertikaikan hak hak orang Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu serta Raja raja Melayu untuk dibincangkan dan dibahaskan didalam parlimen tanpa disabitkan dalam akta hasutan.

Apakah mereka telah lupa bahawa  tindakan mereka  sebelum ini  kebanyakannya bersifat hasutan yang mana  melibatkan penarikan kesetiaan kepada negara ini.  DAP tidak pernah beranggapan bahawa negara ini adalah  hak milik Melayu yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Melenyapkan sejarah silam dan memberikan penerangan yang salah dari fakta sebenar adalah merupakan hasutan kepada rakyat.  Sebagai contoh yang nyata  mereka telah mengiktiraf bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan dan  menafikan pengerbonan  perajurit negara dalam mempertahankan  negara ini dari ancaman komunis.

DAP dalam usaha membawa penyataan yang salah mengenai sejarah negara ini adalah  bertujuan untuk menghilangkan identiti  bangsa  Melayu dan  berusaha meracuni fikiran rakyat dengan mengiktirafkan bahawa komunis adalah pejuang yang sebenarnya.

Dalam kenyataan yang bersifat rasist, Kit Siang sebelum in mempersoalkan mengapa pihak yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dalam artikelnya ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’ yang diterbitkan laman web The Rocket 16 Julai lalu. Tetapi pernahkah  DAP melalui Lim kit  Siang membela kematian para perajurit yang telah terkorban di Lahat Datu.

Dalam siri ucapan lain, Lim Kit Siang  telah membakar semangat agar rakyat membenci Barisan Nasional  di Himpunan Haram Kelana Jaya. Dengan penuh  dengan bongkak  dan sombong beliau  berkata bahawa ” Najib adalah Syaitan yang perlu di tolak, betul ?  Ucapan ini telah mendapat sokongan dan sorakan dari semua yang hadir.

Apakah ini bukan bentuk hasutan yang dikeluarkan? Lim Kit Siang haus melihat kebelakang semula  berapa banyak  hasutan yang telah dibuat oleh penyokong DAP didalam Media Sosial yang melibatkan hak hak  keistimewaan orang Melayu, Agama Islam dan Raja Melayu yang mana belum lagi diambil tindakan dibawah akta hasutan.

Didalam satu artikel yang dikeluarkan oleh roketkini, amat jelas menunjukkan bahawa tulisan yang dikeluarkan adalah bertujuan menghasut agar rakyat tidak mempercayai kewibawaan Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia.

ROKETKINI : ‘Siasat Zahid Hamidi bawah Akta Hasutan hanya sandiwara’ – Kit Siang

15 Oktober 2014

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis telah mengambil keterangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Hasutan adalah sandiwara semata-mata.

Kata Kit Siang, jika polis benar-benar berlaku adil, siasatan juga perlu dibuat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kerana laporan turut dibuat ke atas mereka.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid bahawa Zahid bukan sahaja telah memberi keterangan, malah menyerahkan dua hari lalu semua bukti ucapan yang didakwa menghasut.

Zahid juga mengesahkan perkara tersebut malah dengan angkuh berkata “menyerahkan kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasat menteri yang menjaga polis”.

“Bolehkah polis beri jawapan, mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu?

“Waktu pengumuman Khalid juga mencurigakan, menjelang ‘Solidarity Walk’anjuran Majlis Peguam bagi membantah siri dakwaan Akta Hasutan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Maka, katanya lagi, pengumuman Khalid tadi hanyalah sandiwara bagi menunjukkan polis berlaku adil dengan menyiasat sesiapa sahaja.

Pada 23 September lalu, Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh membuat laporan polis terhadap Zahid yang membuat fitnah jahat, kononnya DAP membaling batu kepada kereta Tengku Mahkota Perak ketika kemelut rampasan kuasa BN di negeri itu pada tahun 2009.

Namun, di sebalik janji Zahid bahawa polis akan menyiasat semua laporan berhubung hasutan dalam masa 24 jam, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah Khalid membuka mulutnya pagi tadi.

Katanya lagi, pengumuman Khalid itu hanyalah menjadi ejekan kepada ‘sumpah’ Zahid itu.

“Tambahan pula adakah polis cuba beritahu bahawa mereka mampu mengajukan kepada Pegum Negara agar Menteri Dalam Negeri di bawah Akta Hasutan?

“Omong kosong sahaja (tell it to the marines),” ujar Kit Siang – Roketkini.com

Secara jelas bahawa tulisan diatas adalah berniat jahat, anda perhatikan bagaimana editor Roketkini begitu terdesak dalam menghentam dan menghasut PDRM dan Ds Zahid, mereka berniat jahat mengheret sama Tun Mahathir dan Dato Seri Najib.Bukan kah ini juga hasutan  kepada rakyat agar mempertikaikan kredibiliti pasukan keselamatan dengan sistem perundangan sedia ada.

Sepatutnya pihak berkuasa keselamatan pada masa kini, tidak teragak agak untuk mengambil sebarang tindakan yang  mempunyai niat yang jahat dan menghasut rakyat agar membenci kerajaan sedia ada, Tindakan tegas seharusnya diambil sebagai pengajaran.  Perlu di ingatkan lagi bahawa kerajaan yang tegas akan menghasilkan keharmonian  dan keamanan kepada rakyat.

Oleh yang demikian, mana mana Melayu yang sedang diulit kemewahan  yang di hidangkan oleh DAP seharusnya sedar bahawa DAP tidak pernah lupa dengan agenda Malaysian Malaysia yang dimenterai pada tahun 1969 untuk  Malaysia dengan  nasihat mentor mereka di Singapura.

Image | This entry was posted in Adakah Ucapan Lim Kit Siang 15 Oktober 2014 Termasuk dalam Hasutan? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s