Pengkhianatan  Kepada Islam- Dimana Akhirnya


Oleh rmf

Hari ini, disebabkan suasana politik yang gawat, Pas mula menukar lagunya.  Kalau dulu Umno tidak lslamik kerana bersahabat dengan bukan Islam, hari ini kerana hendak berkuasa, Pas kini mempunyai peluang untuk berkuasa didalam kemelut pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sanggup menelan kata-katanya sendiri dan mencadangkan nama Wan Azizah yang mana dinyatakan sebagai saorang yang tidak layak untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Besar  

Apabila rancangan ini mendapat tentangan hebat, maka Pas mendiamkan diri berkaitan isu ini.  Sekarang Pas secara jelas telah menolak keputusan Majlis  Syura dan akhirnya bekerjasama dengan DAP.Pas tidak sanggup bekerjasama dengan sebuah parti umat Islam seperti Umno, kerjasama kononnya akan dilakukan jika Umno menerima perjuangan menegakkan pemerintahan Islam.

Tetapi yang menghairankan Pas hari ini sanggup bekerjasama dengan DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang semuanya tidak mahukan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia.

Ini seiring dengan fatwa Pas yang akan menghalalkan apapun hatta kerjasama dengan syaitan dan perbuatan mencarut jika ia mendatangkan keuntungan kepada politik PAS.

Kenapa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Pas sebagai pemimpin yang berhaluan Islam Liberal dan Pluralisme menjadi seiring dengan perjuangan PAS, Sekarang semuanya telah jelas bahawa PAS bukan lagi sebuah parti yang berhaluan Islam sebagaimana dahulu, mengubah corak Ideologi perjuangan amat jelas sekarang.

Adakah Pas tidak berasakan pemimpinnya layak untuk menerajui Selangor? Tidak juga,  Kemanakah perginya slogan kepemimpinan ulamak parti itu?  Anwar bukannya seorang ulamak, malah apabila Anwar memilih menyertai Umno berbanding Pas pada 1982,

Anwar dituduh masuk tong taik.  Adakah seorang yang masuk tong taik kembali menjadi harum kerana ia bersesuaian dengan nafsu politik dan orang ini pula layak untuk dinobatkan menjadi pemimpin.

Memerhatikan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu yang melucukan, menghairankan dan menyedihkan. Parti ini yang kononnya memperjuangkan Islam telah dengan sewenang-wenangnya membanjirkan Malaysia dengan fitnah.

 Sekecil-kecil fitnah seperti menuduh YAB Perdana Menteri, fitnah bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam, fitnah bahawa ekonomi negara kita tidak pulih sehinggalah sebesar-besar fitnah bahawa Allah mencarut, semuanya diterima oleh penyokong mereka tanpa ditapis, difikir, disiasat dan disoal langsung.

Fitnah itu pula disebar tanpa rasa takut, bersalah mahupun perasaan berdosa.   Dan apabila berita itu dibuktikan sebagai fitnah semata-mata, penyokong mereka memejam mata serapat-rapatnya dan menyumbat telinga sedalam-dalamnya sementara pemimpin mereka berhadapan dengan orang yang mereka fitnah, berhadapan dengan dunia dan “berhadapan” dengan Allah lima kali sehari dengan selamba.

Kita tidak seharusnya berlengah-lengah atau ragu-ragu untuk bangun menyedarkan penyokong-penyokong PAS ini dari tidur hanya kerana tidak sanggup meninggalkan keselesaan atau segan untuk turun padang bersemuka dengan pendapat mereka samada di dalam penulisan atau di dalam dialog kerana dengan mengambil sikap begitu akan hanya membawa kesudahan yang amat sedih untuk agama, bangsa dan negara kita satu hari nanti.    Kita sendiri perlu bangun sebelum kita dapat membangunkan orang lain dari tidur yang nyenyak itu.

Memetik kata seorang pakar pemikiran, Edward de Bono, “Kita tidak boleh mengharapkan yang kita dapat menggali sebuah lubang yang lain dengan hanya menggali lubang yang sama dengan lebih dalam”.

Image | This entry was posted in Pengkhianatan  Kepada Islam- Dimana Akhirnya and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s