DAP Pasti Melompat Bila Isu Islam Di Bela.


Oleh rmf

Gerakan dan DAP seakan sealiran mengkritik ucapan yang dibuat oleh Datuk Dr Mashitah di Perhimpunan Agong UMNO baru baru ini, kedua parti ini seakan  tercucuk duri lalang melompat kesakitan mendengar isi dan inti pati  ucapan yang dibuat.

Sebagaimana kita ketahui,  sebarang kritikan yang dibuat kepada DAP yang berfahaman komunis  pastinya akan mendapat kritikan balas dari mereka. Ketakutan mereka amat jelas apabila sesuatu isu yang melibatkan kepentingan Agama Islam dibela sepenuhnya oleh orang yang sedar tentang penghinaan yang dilakukan. Tindakan  Datuk Dr Mashitah didalam ucapannya adalah bertepatan sekali  dimana  sekarang ini penghnaan terhadap Islam dilakukan tanpa ada yang membelanya.

Jika kita imbas semula , kita dapati segala arah tujuan demi kebaikan Islam didalam negara ini, jika dibela , DAP serta sekutunya akan melenting. Mereka mahu Islam itu dibiarkan ranap dengan agenda yang mereka rancang sejak dahulu lagi. Perkiraan mereka pada kali ini adalah tersasar jauh bila mana ada  diantara orang Islam kini telah berani memperjuangkan yang hak dan bukan lagi mendiamkan diri.

Masihkah kita ingat bagaimana, tulisan jawi dipapan papan tanda di Pulau Pinang telah dihapuskan sama sekali dan mengantikan dengan bahasa Cina. Azan yang dulunya berkumandang diwaktu subuh kini hanya bisikan sahaja di sana. Puak puak ini beranggapan Islam bukan lagi status Agama rasmi didalam negara ini. Bahasa melayu pun  sedang cuba dijadikan bahasa perantaran kedua bagi warganegara Malaysia.

Jika beginilah caranya kepercayaan agama dan hak warga Islam dilayan, lebih baik Lim Kit Siang sebagai Penasihat DAP bubarkan sahaja  Parti yang tidak melambangkan semangat nasionalis serta tidak menghormati perlembagaan negara dan hidup pelbagai kaum dan fahaman didalam negara ini.

Barisan  Nasional sepatutnya  menuntut supaya  DAP segera berpatah balik kepada politik yang matang daripada melakukan perubahan dasar yang sangat bahaya ini dengan segera  bagi mengelakkan daripada terjerumus ke satu keadaan dimana  hilangnya toleransi terhadap orang Islam kepada bukan Islam. Sikap bongkak dan tidak toleransi ini akan membawa keburukan kepada perpaduan nasional, menjejaskan integrasi nasional, merosakkan hubungan kaum dan menggugat keharmonian agama.

Barisan Nasional terutama UMNO  menghargai sokongan kumpulan-kumpulan Muslim yang turut sama terkejut dengan dasar berbahaya  DAP  . UMNO secara jelas  menentang justifikasi bahaya  DAP  dengan mengingatkan bahawa Al-Quran dan Islam tidak menyuruh membakar kitab suci agama bukan Islam dan Islam menghormati penganut agama  lain dengan dasar  bertolak ansur sesame kaum. Mengapa DAP perlu melatah dengan intipati ucapan Datuk Dr Mashitah yang mana berucap untuk orang Islam didalam persidangan UMNO baru baru ini? Ketakutan apakah mereka ini?

Adakah DAP  dan  sekutunya  berani untuk menjelaskan keputusan dasar baru DAP  ini bersama penganut Kristian dan kumpulan agama lain yang begitu teruja  untuk meyerang apa juga  pandangan dan perkembangan yang dibuat untuk orang Islam dalam negara ini. Apakah mereka lupa bahawa kontrak sosial yang dipersetujui  adalah janji jani kesefahaman yang menjadikan mereka  sebagai warganegara yang sah di Malaysia.

Kita sekarang amat faham bahawa, DAP dan sekutunya cukup tidak berpuas hati dengan  keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung Isu  mengekalkan Akta Hasutan yang mana telah meyebabkan segala perancangan mereka gagal untuk mempertikaikan  empat perkara yang dilindungi  oleh perlembagaan dibahaskan secara terbuka.

Justeru itu mereka sekarang sedang cuba mengaitkan setiap isu yang berkaitan kepentingan dan membicarakan kepentingan Agama Islam oleh orang Islam  di bawah Akta Hasutan yang mana dikatakan menghasut dan memberikan impak yang besar kepada mereka dan negara jika sesuatu perkara memajukan Islam itu dibuat. Secara tidak langsung mereka akan menggunakan hak hak asasi dan kesamarataan untuk melindungi agenda mereka yang sebenarnya.

Image | This entry was posted in DAP Pasti Melompat Bila Isu Islam Di Bela and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to DAP Pasti Melompat Bila Isu Islam Di Bela.

  1. Roslan Ahmad says:

    Ini yg terbaik yg pernah di ucapkan dalam perhimpunan wanita Umno Malaysia.
    Demi agama bangsa dan negara ..aku menyokong dgn sepenuh hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s