Tersirat Disebalik Program Membelai Anjing


Oleh rmf

Liberal menghalalkan semuanya, Saya melihat perbuatan ini adalah menunjukkan kasih sayang terhadap binatang tetapi kenapa anjing? ini adalah salah satu agenda untuk meliberalkan pemikiran orang islam, Sejahil jahil orang dahulu yang bersekolah atap rumbia, masih juga tahu yang mana tidak dibenarkan dan dibenarkan.Apakah selepas ini ada program membelai babi, program menikmati daging babi? Sesungguhnya agenda mereka tidak terhenti disini.

Pada mereka membelai anjing dan menunjukkan kasih sayang pada binatang ini cukup mulia daripada mereka membelai dan mengusap kepala anak anak yatim  yang miskin yang cukup “jijik” dan  mengotorkan tangan sedangkan pahala yang cukup besar jika dilakukan. Ini lah masyrakat yang ada sekarang.

Agenda ini bukan hanya sebagai  satu agenda semata mata, secara tidak langsung ianya menjurus kepada perubahan corak pemikiran dan melanggar apa yang telah ditetapkan didalam agama. Sentuhan sengaja  dan tidak sengaja tanpa rela adalah dua istilah yang cukup berbeza. Apakah begitu cetek pemikiran orang islam pada hari ini? Amat mudah untuk diperkudakan dengan momokan  bangsa lain .

Walaupun dalam hukum agama mengatakan persoalan tersebut ialah harus dan tidak menjadi masalah menyentuh anjing dan babi. Anjing dan babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis mukhallazoh (berat), untung menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :

إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليغسله سبع مرّات إحداها بالتراب
“Jika anjing menjilat bijana salah seorang dari kamu, maka hendaklah dia membasuhnya 7 kali, dan salah satu basuhan dengan tanah” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Berdasarkan hadith ini juga ulama Syafie menjelaskan bahawa sedangkan mulut anjing ini merupakan semulia tempat bagi anjing pun apabila terkena mulutnya disuruh samak, inikan bahagian anjing yang lain, sudah sewajibnya jika tersentuh hendaklah disamak.

.Berbalik kepada agenda yang ingin disebarkan melalui program ini, ianya adalah tidak lain untuk menuteralkan pemikiran orang Islam agar dapat menerima setiap perkembangan yang berlaku tanpa batasan hokum. Jika ini berlaku tidak hairan nanti orang islam akan mengiktiraf LGBT, Seks songsang dan apa juga yang bertentangan dengan tuntutan agama , jika perkara ini tercapai , maka segala perancangan untuk permurtadan umat islam akan dapat dilaksanakan dgn mudah.

Maka tidak menghairankan bilamana terdapat di kalangan orang Islam itu yang terpedaya dengan musuh Islam. Akibatnya, Islam sesama Islam bercakaran dan berpecah-belah, sedangkan musuh-musuh kita ketawa meraih kejayaan memperdaya orang Islam yang alpa terhadap amaran dan peringatan Allah SWT.

Bayangkanlah, apakah kita sanggup bersubahat dengan musuh yang sudah jelas mahu meruntuhkan negara dan memecahkan tembok yang selama ini melindungi agama islam dan umatnya?. Percayalah, perbuatan yang melampau ini hanyalah merosakkan akidah umat Islam untuk menghakis kedaulatan umat Islam. Tariklah nafas kebijaksanaan, bukakanlah hati dan lihatlah apa yang sedang berlaku saat ini. Bukankah agama Islam sentiasa dicabar?. Bukankah maruah umat Islam sedang dipersendakan oleh bangsa lain.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s